Connect with us

Terkini

50 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza dikumpul dalam 48 jam melalui Ops Ihsan

Sejumlah 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta untuk rakyat Palestin berjaya dikumpul menerusi satu kolaborasi rentas agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Operasi Ihsan (#OpsIhsan).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

50 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza dikumpul dalam 48 jam melalui Ops Ihsan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejumlah 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta untuk rakyat Palestin berjaya dikumpul menerusi satu kolaborasi rentas agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Operasi Ihsan (#OpsIhsan).
  • Sekretariat Ops Ihsan berkata operasi itu ialah cetusan idea Kementerian Luar Negeri dengan NGO-NGO yang berjaya mengatur gerak pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan penduduk Gaza dalam tempoh kurang 48 jam iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu.
  • “Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, En Jismi Johari yang juga merupakan Presiden MAHAR memaklumkan, pengurusan barang-barang sumbangan yang diterima kini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan berdasarkan keperluan utama. 
  • “la akan diterbangkan ke Al-Arish, Mesir melalui pesawat kargo sewaan khas dan dibiayai Kerajaan Malaysia. Barangan kemanusiaan ini dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah melalui kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir,” kata Sekretariat Ops Ihsan dalam kenyataan semalam.

KUALA LUMPUR — Sejumlah 50 tan barangan bantuan kemanusiaan bernilai hampir RM7 juta untuk rakyat Palestin berjaya dikumpul menerusi satu kolaborasi rentas agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Operasi Ihsan (#OpsIhsan).

Sekretariat Ops Ihsan berkata operasi itu ialah cetusan idea Kementerian Luar Negeri dengan NGO-NGO yang berjaya mengatur gerak pengumpulan barangan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan penduduk Gaza dalam tempoh kurang 48 jam iaitu pada Sabtu dan Ahad lalu.

Katanya, barangan bantuan itu dikumpul di beberapa pusat pengumpulan di sekitar Lembah Klang sebelum dihantar ke Pusat Operasi Utama #OpsIhsan di Gudang MAPIM Malaysia yang terletak di Sepang.

“Operasi dua hari pada Sabtu dan Ahad lalu melihat penglibatan hampir 800 orang sukarelawan dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia menyumbang kudrat dalam sama-sama membantu urusan penerimaan pengasingan, pengumpulan data sehingga kepada penyusunan barangan di dalam kotak-kotak yang telah disediakan.

“Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, En Jismi Johari yang juga merupakan Presiden MAHAR memaklumkan, pengurusan barang-barang sumbangan yang diterima kini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan berdasarkan keperluan utama. 

“la akan diterbangkan ke Al-Arish, Mesir melalui pesawat kargo sewaan khas dan dibiayai Kerajaan Malaysia. Barangan kemanusiaan ini dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah melalui kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir,” kata Sekretariat Ops Ihsan dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu berkata gerak kerja bagi penilaian keperluan barangan bantuan dan logistik serta jaringan perhubungan dengan pihak berkaitan untuk memastikan penghantaran barangan ke Gaza mengikut tatacara betul dan prosedur oleh Kerajaan Mesir dilaksanakan Datin Azura Ibrahim semasa penugasan beliau di Mesir baru-baru ini.

Sekretariat Ops Ihsan berkata penghantaran pertama sumbangan rakyat Malaysia berbentuk ubatan dan barangan keperluan 20 tan menggunakan pesawat kargo dijangka pada 3 November 2023 setelah segala perancangan dimuktamadkan.

#OpsIhsan melibatkan kerjasama Malaysia Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Red A Humanitarian Development Global, MERCY Malaysia, Pertubuhan Ihsan Johor, dan BeVital sebagai koordinator utama dan mendapat sokongan serta kerjasama padu 38 NGO lain.

Ia terhasil melalui kolaborasi dengan Kementerian Luar Negeri dan Agensi Kerajaan sebagai inisiatif terkehadapan di dalam merangkumkan usaha NGO atas pendekatan solidariti bagi usaha bantuan kemanusiaan ke Palestin. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *