Connect with us

Terkini

Skim Perubatan Madani diperluas ke seluruh negara

Kerajaan memperluas Skim Perubatan Madani ke seluruh negara bagi mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan sejak Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Skim Perubatan Madani diperluas ke seluruh negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan memperluas Skim Perubatan Madani ke seluruh negara bagi mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan sejak Jumaat lalu.
  • Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perluasan skim berkenaan kerana pihaknya mendapat sambutan sangat menggalakkan sejak skim perubatan itu diperkenal dengan lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut menerusi klinik swasta.
  • Katanya, bilangan rawatan direkodkan hampir mencecah 4,000 kes sehari selain seramai 80,000 isi rumah sudah memanfaatkan skim tersebut.
  • “Kementerian Kesihatan mengalu-alukan lebih banyak klinik perubatan swasta di seluruh negara mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperluas Skim Perubatan Madani ke seluruh negara bagi mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan sejak Jumaat lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perluasan skim berkenaan kerana pihaknya mendapat sambutan sangat menggalakkan sejak skim perubatan itu diperkenal dengan lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut menerusi klinik swasta.

Katanya, bilangan rawatan direkodkan hampir mencecah 4,000 kes sehari selain seramai 80,000 isi rumah sudah memanfaatkan skim tersebut.

“Kini lebih 1,300 klinik swasta mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel memberikan perkhidmatan kesihatan.

“Kementerian Kesihatan mengalu-alukan lebih banyak klinik perubatan swasta di seluruh negara mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pelbagai inisiatif dilaksana bagi meningkatkan jumlah ahli fisioterapi, selaras saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ia antaranya meningkatkan keluaran graduan Diploma Fisioterapi Institut Latihan kementerian (ILKKM).

Untuk rekod, katanya, nisbah ahli fisioterapi kementerian ketika ini adalah seorang bagi 17,878 penduduk, manakala di fasiliti swasta adalah seorang bagi 6,800 pesakit.

“Seramai 207 jurupulih perubatan (fisioterapi) dilantik secara lantikan kontrak bagi kesinambungan penyampaian perkhidmatan di kementerian sehingga 31 Ogos lalu, selain memohon pertambahan perjawatan kepada agensi Pusat,” katanya.

Mengenai aspek kesihatan mental, katanya, Institut kesihatan mental diumumkan sebelum ini merujuk kepada bangunan kekal yang akan menempatkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) yang kini beroperasi di Cyberjaya.

Jelasnya, ia berfungsi sebagai agensi peneraju yang merancang, menyelaras, melaksana dan memantau perkhidmatan serta program kesihatan mental dalam pelbagai aspek membabitkan sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sebanyak empat institusi mental dan 61 hospital menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental, diketuai pakar perubatan psikiatri di seluruh negara.

“Ia berfungsi memberi perkhidmatan tertiari, selain diintegrasi dengan perkhidmatan kesihatan mental pada peringkat primer melalui perkhidmatan di 1,080 klinik kesihatan di seluruh negara,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

Taliban ‘sekutu’ Russia perangi keganasan – Putin

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.
  • Bercakap pada sidang media di Astana, Kazakhstan, Putin mengakui Afghanistan menghadapi masalah yang memerlukan “perhatian berterusan” dari Russia dan masyarakat antarabangsa.
  • “Secara amnya, kita perlu mengambil kira bahawa Taliban mengawal kuasa negara. Dalam hal ini, Taliban sudah tentu sekutu kita dalam memerangi keganasan, kerana mana-mana kerajaan berkuasa akan prihatin dengan kestabilan pentadbirannya dan negara diperintahnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada Khamis merujuk kerajaan Taliban yang menguasai Afghanistan sebagai ‘sekutu’ negara itu dalam memerangi keganasan.

Bercakap pada sidang media di Astana, Kazakhstan, Putin mengakui Afghanistan menghadapi masalah yang memerlukan “perhatian berterusan” dari Russia dan masyarakat antarabangsa.

“Secara amnya, kita perlu mengambil kira bahawa Taliban mengawal kuasa negara. Dalam hal ini, Taliban sudah tentu sekutu kita dalam memerangi keganasan, kerana mana-mana kerajaan berkuasa akan prihatin dengan kestabilan pentadbirannya dan negara diperintahnya,” katanya dipetik agensi berita Anadolu pada Khamis.

Pemimpin Russia itu menyatakan Moscow menerima isyarat dari Taliban yang menunjukkan kesediaan mereka bekerjasama memerangi keganasan.

Menurut Al Arabiya News, Taliban telah menentang kumpulan pelampau ISIS di Afghanistan selama bertahun-tahun.

Pada Mac lalu, pelampau ISIS membunuh lebih 140 orang dalam serangan ke atas dewan konsert Moscow, serangan keganasan paling maut di Russia selama hampir dua dekad. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending