Connect with us

Terkini

RUU Mufti WP: Menteri Agama patut bawa agenda keluasan dan sederhana, bukan sebaliknya – Dr MAZA

Menteri Agama sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan yang selaras dengan idea Madani, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA).
  • Menteri Agama sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan yang selaras dengan idea Madani, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA)
  • Beliau berkata malangnya Menteri Agama seakan-akan sedang membawa negara ini ke kancah kafir-mengkafir dan sesat menyesatkan seperti yang pernah dilakukan tokoh agung akidah Ashairah, Ibn Tumart.
  • Dalam sejarah perpecahan ummah, Ibn Tumart adalah antara individu yang bertanggungjawab sebagai penumpah darah terbesar dalam sejarah umat Islam.
  • “Dia telah membunuh sesiapa sahaja di bawah pemerintahannya yang enggan menerima tafsiran akidah Ashairah yang dia pegang. 
  • “Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini?,” kata Dr MAZA menerusi hantaran di Facebook pada Isnin bertajuk, ‘Apakah Menteri Agama Berfikiran Madani?’ tanpa menyatakan secara khusus isu sebenar di sebalik hantaran beliau itu.
  • Media sebelum ini melaporkan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula semalam di mana ketika ini ia menjadi polemik dalam kalangan beberapa pihak, termasuk agamawan.
  • RUU itu antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

KUALA LUMPUR — Menteri Agama sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan yang selaras dengan idea Madani, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, malangnya Menteri Agama dilihat seakan-akan sedang membawa negara ini ke kancah kafir-mengkafir dan sesat menyesatkan seperti yang pernah dilakukan tokoh agung akidah Ashairah, Ibn Tumart.

Beliau berkata dalam sejarah perpecahan ummah, Ibn Tumart adalah antara individu yang bertanggungjawab sebagai penumpah darah terbesar dalam sejarah umat Islam.

“Dia telah membunuh sesiapa sahaja di bawah pemerintahannya yang enggan menerima tafsiran akidah Ashairah yang dia pegang. 

“Ashairah dijadikan undang-undang negara. Ratusan ribu nyawa umat Islam menjadi korban. Pelbagai dakwaan pelik untuk mengukuhkan pemerintahannya dibuat seperti karamah, wali, Mahdi, tarekat dan lain-lain. 

“Buku beliau sudah mula dicetak dan diedarkan di Malaysia oleh aktivis yang terlibat memperjuangkan idea sempit ini.

“Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini?,” kata Dr MAZA menerusi hantaran di Facebook pada Isnin bertajuk, ‘Apakah Menteri Agama Berfikiran Madani?’ tanpa menyatakan secara khusus isu sebenar di sebalik hantaran beliau itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Dr MAZA di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula semalam di mana ketika ini ia menjadi polemik dalam kalangan beberapa pihak, termasuk agamawan.

BERNAMA pada Jumaat lalu melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata RUU itu bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 itu antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Media sebelum ini melaporkan bacaan pertama RUU tersebut dilakukan pada Julai lalu.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamallullail sebelum ini bertitah bahawa tidak wajar berlakunya tindakan menyempitkan takrifan ASWJ di negara ini.

Baginda bertitah tindakan seumpama itu tidak bersifat inklusif, bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *