Connect with us

Terkini

Skim Perubatan Madani diperluas ke seluruh negara

Kerajaan memperluas Skim Perubatan Madani ke seluruh negara bagi mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan sejak Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Skim Perubatan Madani diperluas ke seluruh negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan memperluas Skim Perubatan Madani ke seluruh negara bagi mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan sejak Jumaat lalu.
  • Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perluasan skim berkenaan kerana pihaknya mendapat sambutan sangat menggalakkan sejak skim perubatan itu diperkenal dengan lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut menerusi klinik swasta.
  • Katanya, bilangan rawatan direkodkan hampir mencecah 4,000 kes sehari selain seramai 80,000 isi rumah sudah memanfaatkan skim tersebut.
  • “Kementerian Kesihatan mengalu-alukan lebih banyak klinik perubatan swasta di seluruh negara mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperluas Skim Perubatan Madani ke seluruh negara bagi mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan sejak Jumaat lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perluasan skim berkenaan kerana pihaknya mendapat sambutan sangat menggalakkan sejak skim perubatan itu diperkenal dengan lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut menerusi klinik swasta.

Katanya, bilangan rawatan direkodkan hampir mencecah 4,000 kes sehari selain seramai 80,000 isi rumah sudah memanfaatkan skim tersebut.

“Kini lebih 1,300 klinik swasta mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel memberikan perkhidmatan kesihatan.

“Kementerian Kesihatan mengalu-alukan lebih banyak klinik perubatan swasta di seluruh negara mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pelbagai inisiatif dilaksana bagi meningkatkan jumlah ahli fisioterapi, selaras saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Ia antaranya meningkatkan keluaran graduan Diploma Fisioterapi Institut Latihan kementerian (ILKKM).

Untuk rekod, katanya, nisbah ahli fisioterapi kementerian ketika ini adalah seorang bagi 17,878 penduduk, manakala di fasiliti swasta adalah seorang bagi 6,800 pesakit.

“Seramai 207 jurupulih perubatan (fisioterapi) dilantik secara lantikan kontrak bagi kesinambungan penyampaian perkhidmatan di kementerian sehingga 31 Ogos lalu, selain memohon pertambahan perjawatan kepada agensi Pusat,” katanya.

Mengenai aspek kesihatan mental, katanya, Institut kesihatan mental diumumkan sebelum ini merujuk kepada bangunan kekal yang akan menempatkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) yang kini beroperasi di Cyberjaya.

Jelasnya, ia berfungsi sebagai agensi peneraju yang merancang, menyelaras, melaksana dan memantau perkhidmatan serta program kesihatan mental dalam pelbagai aspek membabitkan sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sebanyak empat institusi mental dan 61 hospital menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental, diketuai pakar perubatan psikiatri di seluruh negara.

“Ia berfungsi memberi perkhidmatan tertiari, selain diintegrasi dengan perkhidmatan kesihatan mental pada peringkat primer melalui perkhidmatan di 1,080 klinik kesihatan di seluruh negara,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending