Antarabangsa
Ketuanan Kulit Putih, Lelaki Kanada rempuh keluarga Muslim hingga maut
Seorang lelaki Kanada yang terinspirasi dengan nasionalis kulit putih sengaja melanggar keluarga Muslim menggunakan trak pikap, mengorbankan empat nyawa dalam insiden “pengganas” itu, kata pendakwa raya pada perbicaraan kes lelaki terbabit.

- Seorang lelaki Kanada yang terinspirasi dengan nasionalis kulit putih sengaja melanggar keluarga Muslim menggunakan trak pikap, mengorbankan empat nyawa dalam insiden “pengganas” itu, kata pendakwa raya pada perbicaraan kes lelaki terbabit.
- Pendakwa Raya Persekutuan, Sarah Shaikh berkata dalam kenyataan pembukaan pada Isnin berkata, Nathaniel Veltman, 22, merancang untuk melakukan serangan itu selama tiga bulan sebelum memandu trak Dodge Ram miliknya untuk melanggar keluarga Muslim terbabit di London, Ontario, Kanada, pada petang 6 Jun 2021.
- Salman Afzaal, 46, isterinya Madiha, 44, anak perempuan mereka Yumna, 15, dan ibu Salman, Talat, 74, terbunuh dalam insiden itu, manakala anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 9 tahun cedera parah.
- Veltman mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh yang merupakan hujah kali pertama motif keganasan berkaitan dengan ‘white supremacy’ (ketuanan kulit putih) akan dibicarakan di Mahkamah Kanada.
- Veltman memberitahu detektif selepas ditangkap bahawa niatnya melakukan serangan adalah berunsur politik di mana dia meninggalkan rumah pada hari serangan untuk mencari orang Islam yang akan dibunuh dan menggunakan trak itu untuk menyampaikan mesej bahawa kenderaan boleh digunakan untuk menyerang Muslim.
- Insiden serangan terhadap keluarga Afzaal itu menimbulkan kebimbangan dan ketakutan di seluruh Kanada selain seruan kepada pihak berwajib supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk memerangi Islamofobia.
Seorang lelaki Kanada yang terinspirasi dengan nasionalis kulit putih sengaja melanggar keluarga Muslim menggunakan trak pikap, mengorbankan empat nyawa dalam insiden “pengganas” itu, kata pendakwa raya pada perbicaraan kes lelaki terbabit.
Pendakwa Raya Persekutuan, Sarah Shaikh berkata dalam kenyataan pembukaan pada Isnin berkata, Nathaniel Veltman, 22, merancang untuk melakukan serangan itu selama tiga bulan sebelum memandu trak Dodge Ram miliknya untuk melanggar keluarga Muslim terbabit.
Veltman didakwa dengan sengaja merempuh lima ahli keluarga Afzaal menggunakan trak semasa mereka berjalan di London, Ontario, Kanada, pada petang 6 Jun 2021.
Salman Afzaal, 46, isterinya Madiha, 44, anak perempuan mereka Yumna, 15, dan ibu Salman, Talat, 74, terbunuh dalam insiden itu, manakala anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 9 tahun cedera parah.
Veltman mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh yang merupakan hujah kali pertama motif keganasan berkaitan dengan ‘white supremacy’ (ketuanan kulit putih) akan dibicarakan di Mahkamah Kanada.
Veltman memandu trak yang dibeli lebih dari dua minggu sebelum serangan, menekan minyak habis-habisan sebelum meluru melanggar mereka di laluan pejalan kaki, kata Shaikh dalam kenyataan pembukaannya dipetik AlJazeera.
Katanya, Veltman memberitahu detektif selepas ditangkap bahawa niatnya melakukan serangan adalah berunsur politik di mana dia meninggalkan rumah pada hari serangan untuk mencari orang Islam yang akan dibunuh dan menggunakan trak itu untuk menyampaikan mesej bahawa kenderaan boleh digunakan untuk menyerang Muslim.
Veltman ditangkap di sebuah pusat membeli-belah berdekatan, memakai baju kalis peluru dan topi keledar selepas serangan itu.
“Saya yang merempuh mereka… saya lakukan dengan sengaja,” demikian kata Veltman dengan latar belakang panggilan 911.
Pendakwa raya itu berkata, tertuduh ketika ditangkap dia turut memberitahu polis yang dia ingin “menyampaikan mesej yang kuat” menentang pendatang Muslim.
Bukti yang dikumpul oleh polis, termasuk tulisan memuji ‘white nationalism’ (nasionalisme kulit putih) dan menentang migrasi, selain beberapa pisau dan senapang angin turut dirampas daripada trak tertuduh.
Insiden serangan terhadap keluarga Afzaal itu menimbulkan kebimbangan dan ketakutan di seluruh Kanada selain seruan kepada pihak berwajib supaya mengambil tindakan sewajarnya untuk memerangi Islamofobia.
Sumber: Al Jazeera
