Connect with us

Antarabangsa

Perbicaraan lelaki sengaja melanggar mati keluarga Muslim di Kanada bermula

Komuniti Muslim dan penyokong hak asasi manusia di seluruh Kanada menuntut keadilan ketika perbicaraan kes seorang lelaki didakwa sengaja melanggar keluarga Muslim di Ontario pada 2021, bermula. 

Wartawan TMT

Published

on

Perbicaraan lelaki sengaja melanggar mati keluarga Muslim di Kanada bermula
Foto: Kumpulan advokasi Majlis Kebangsaan Muslim Kanada.
  • Komuniti Muslim dan penyokong hak asasi manusia di seluruh Kanada menuntut keadilan ketika perbicaraan kes seorang lelaki didakwa sengaja melanggar keluarga Muslim di Ontario pada 2021, bermula. 
  • Pemilihan juri bermula pada Selasa bagi kes Nathaniel Veltman yang dihadapkan dengan empat pertuduhan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh untuk insiden serangan di London, sebuah bandar terletak kira-kira 200km (125 batu) di barat Toronto. 
  • Salman Afzaal, 46, isterinya Madiha, 44, anak perempuan mereka Yumna, 15, dan ibu Salman, Talat, 74, terbunuh pada 6 Jun 2021 selepas dilanggar sebuah trak pikap semasa berjalan-jalan.
  • Pihak berkuasa berkata keluarga itu menjadi sasaran ekoran kepercayaan mereka terhadap agama Islam dan Veltman didakwa atas kesalahan ‘keganasan’ kerana tindakannya itu.
  • Insiden pembunuhan itu meninggalkan trauma terhadap komuniti Muslim di seluruh Kanada, majoriti daripada mereka masih lagi terkesan selepas serangan di masjid Quebec City pada 2017 dan pembunuhan berdarah di masjid lain di Toronto pada 2020.

Komuniti Muslim dan penyokong hak asasi manusia di seluruh Kanada menuntut keadilan ketika perbicaraan kes seorang lelaki didakwa sengaja melanggar keluarga Muslim di Ontario pada 2021, bermula. 

Pemilihan juri bermula pada Selasa bagi kes Nathaniel Veltman yang dihadapkan dengan empat pertuduhan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh untuk insiden serangan di London, sebuah bandar terletak kira-kira 200km (125 batu) di barat Toronto. 

Veltman mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan semasa pendengaran kes di Mahkamah Ontario di bandar Windsor, lapor media tempatan pada Selasa petang. 

Foto: Nathaniel Veltman.

Salman Afzaal, 46, isterinya Madiha, 44, anak perempuan mereka Yumna, 15, dan ibu Salman, Talat, 74, terbunuh pada 6 Jun 2021 selepas dilanggar sebuah trak pikap semasa berjalan-jalan.

Manakala, anak lelaki pasangan itu yang berusia 9 tahun cedera parah.

Pihak berkuasa berkata keluarga itu menjadi sasaran ekoran kepercayaan mereka terhadap agama Islam dan Veltman didakwa atas kesalahan ‘keganasan’ kerana tindakannya itu.

“Kami akan melihat perbicaraan ini dengan teliti,” kata kumpulan advokasi Majlis Kebangsaan Muslim Kanada dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

“Keadilan perlu ditegakkan” kata Shaukat Rizvi kepada akhbar Toronto Star sebelum prosiding mahkamah minggu ini. 

Advertisement

Pada masa sama, beliau juga menyatakan keyakinan terhadap sistem keadilan Kanada dalam perbicaraan kes itu. 

Insiden pembunuhan itu meninggalkan trauma terhadap komuniti Muslim di seluruh Kanada, majoriti daripada mereka masih lagi terkesan selepas serangan di masjid Quebec City pada 2017 dan pembunuhan berdarah di masjid lain di Toronto pada 2020. 

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending