Terkini
‘Gerakan Selamatkan Malaysia’ tidak akan goncang kedudukan kerajaan
Himpunan ‘Gerakan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang diadakan di hadapan Kompleks Sogo Sabtu ini serentak dengan sambutan Hari Malaysia 2023 tidak akan menggoncang kedudukan kerajaan.
- Himpunan ‘Gerakan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang diadakan di hadapan Kompleks Sogo Sabtu ini serentak dengan sambutan Hari Malaysia 2023 tidak akan menggoncang kedudukan kerajaan.
- Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta kerajaan permudahkan perjalanan himpunan yang bakal disertai anak muda, kesediaan penganjur menukar tempat berhimpun jika diarahkan.
- “Kalau perlu tukar tempat kami tukar tempat dan sebagainya. Sekadar untuk meluahkan rasa rakyat tidak puas hati dengan isu pengurusan undang-undang pada hari ini. Saya sudah dipanggil oleh pihak polis, tidak ada masalah untuk kita bagi keterangan.
- “Cuma saya mahu perbetulkan kenyataan perhimpunan perlukan permit. Tidakkah perhimpunan sudah tak perlukan permit, cuma perlukan makluman kepada polis,” katanya berucap pada sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR: Himpunan ‘Gerakan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang diadakan di hadapan Kompleks Sogo Sabtu ini serentak dengan sambutan Hari Malaysia 2023 tidak akan menggoncang kedudukan kerajaan.
Justeru, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta kerajaan permudahkan perjalanan himpunan itu yang bakal disertai anak muda, di samping kesediaan penganjur menukar tempat berhimpun jika diarahkan.
“Jadi pihak kerajaan permudahkanlah, tak ramai pun yang mahu berhimpun ini. Kalau datang 10,000 pun masih belum mencukupi untuk menggoncang kerajaan.
“Kami Ahli Parlimen membuat undang-undang. Kita tak akan berkonfrontasi dengan pihak polis, dengan penguat kuasa, tetapi kita minta pihak kerajaan permudahkanlah urusan untuk berhimpun,” katanya berucap pada sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang juga penganjur himpunan itu turut mengesahkan beliau sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai penganjuran berkenaan.
“Kalau perlu tukar tempat kami tukar tempat dan sebagainya. Sekadar untuk meluahkan rasa rakyat tidak puas hati dengan isu pengurusan undang-undang pada hari ini. Saya sudah dipanggil oleh pihak polis, tidak ada masalah untuk kita bagi keterangan.
“Cuma saya mahu perbetulkan kenyataan perhimpunan perlukan permit. Tidakkah perhimpunan sudah tak perlukan permit, cuma perlukan makluman kepada polis,” katanya.
Pagi tadi, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta himpunan itu.
Setakat ini, kata beliau, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung himpunan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Katanya juga, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu membuat permohonan mengikut prosedur di bawah Seksyen 9 (1) APA 2012 dalam tempoh lima hari sebelum acara.
Ahmad Fadhli sebelum ini menjelaskan, himpunan itu antara lain dibuat berikutan keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Sumber: Berita Harian