Connect with us

Terkini

Bekalan beras tempatan dijangka meningkat akhir tahun – KPKM

Bekalan beras putih tempatan dijangka meningkat sebanyak 450,000 tan metrik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bekalan beras tempatan dijangka meningkat akhir tahun - KPKM
Foto: Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood.
  • Bekalan beras putih tempatan dijangka meningkat sebanyak 450,000 tan metrik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
  • Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood, berkata sasaran itu susulan musim penuaian di Kedah yang akan meningkatkan pengeluaran dan penghasilan beras putih tempatan.
  • Katanya, kementerian turut memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan, antaranya sawah berskala besar dan empat langkah intervensi mengawal selia bekalan beras serta padi.
  • Antara empat langkah itu ialah mengadakan rundingan dengan 157 kilang komersial dengan menyerahkan 20 peratus pengeluaran padi untuk diurus dan diedarkan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Bekalan beras putih tempatan dijangka meningkat sebanyak 450,000 tan metrik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood, berkata sasaran itu susulan musim penuaian di Kedah yang akan meningkatkan pengeluaran dan penghasilan beras putih tempatan.

Selain itu, katanya, kementerian turut memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan, antaranya sawah berskala besar dan empat langkah intervensi mengawal selia bekalan beras serta padi.

Antara empat langkah itu ialah mengadakan rundingan dengan 157 kilang komersial dengan menyerahkan 20 peratus pengeluaran padi untuk diurus dan diedarkan kerajaan.

“Cara pengedaran kita gunakan syarikat pemborong besar, kita buat padanan dengan hypermarket (pasar raya besar) dan kita telah membuat sesi libat urus dengan hypermarket untuk menentukan harga mereka boleh jual.

“Di luar hypermarket, kami melantik 103 pemborong untuk mereka guna jenama sendiri dan edar di kawasan berdekatan seperti luar bandar dan sebagainya,” katanya dalam program Reaksi bertajuk “Status Semasa Beras Negara” terbitan Bernama Radio.

Azman berkata, KPKM juga menggunakan platform agensinya seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang mempunyai 1,400 cawangan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dengan lebih kurang 35 cawangan di seluruh negara untuk mengedar beras tempatan kepada rakyat.

“Kita juga mengadakan sesi libat urus dengan persatuan peniaga kerana kebanyakan mereka memborong beras tempatan kerana kos rendah.

“Jadi, kita beri pilihan mungkin boleh guna beras import dengan menawarkan harga berpatutan bagi beras putih import supaya mereka tidak bersaing dengan rakyat membeli beras tempatan dan kebanyakan mereka bersetuju.”

Beliau berkata, pihaknya turut melancarkan Operasi Beras Putih Tempatan untuk mengawal beras di peringkat runcit dan borong, selain bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berhubung perkara itu.

Semalam (Isnin), Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata stok bekalan beras negara mencukupi untuk menampung keperluan domestik bagi tempoh empat hingga lima bulan ini dan belum ada keperluan kecemasan menggunakan stok penimbal.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *