Connect with us

Terkini

Undang-undang jenayah Syariah di Malaysia bakal runtuh – Peguam

Undang-undang jenayah syariah di Malaysia akan jatuh kesemuanya di saat majoriti umat Islam sibuk berpolitik, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Undang-undang jenayah Syariah di Malaysia bakal runtuh – Peguam
Foto: peguam, Lukman Sheriff Alias.
  • Undang-undang jenayah syariah di Malaysia akan jatuh kesemuanya di saat majoriti umat Islam sibuk berpolitik, kata peguam, Lukman Sheriff Alias. 
  • Peguam itu mendedahkan mahkamah akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah Syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah Syariah lain dalam masa sebulan dua ini.
  • Difahamkan majlis-majlis agama negeri tidak mencelah dalam kes terbabit.
  • “Kalau tiada yang mencelah, jelas kita akan rugi. Kita kena akur sahaja keputusan mahkamah yang tidak mendengar suara kita,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dalam hantarannya di Facebook pada Selasa.
  • Selain kes terbabit, terdapat juga kes Indra Ghandi II yang akan berlangsung.

KUALA LUMPUR — Undang-undang jenayah syariah di Malaysia akan jatuh kesemuanya di saat majoriti umat Islam sibuk berpolitik, kata peguam, Lukman Sheriff Alias.

Peguam itu mendedahkan mahkamah akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah Syariah Kelantan yang bakal meruntuhkan undang-undang jenayah Syariah lain dalam masa sebulan dua ini.

Beliau juga difahamkan majlis-majlis agama negeri tidak mencelah dalam kes terbabit.

Saya difahamkan majlis-majlis agama tidak mencelah (kalau berlainan beritahu saya). Saya tak pasti siapa mencelah. 

“Kalau tiada yang mencelah, jelas kita akan rugi. Kita kena akur sahaja keputusan mahkamah yang tidak mendengar suara kita,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dalam hantarannya di Facebook pada Selasa.

Lukman Sheriff berkata selain kes terbabit, terdapat juga kes Indra Ghandi II yang akan berlangsung.

“Strategik litigation ini sungguh teratur kerana mereka ini menyusun cabaran mahkamah di setiap negeri. Hak mualaf memelihara anak mereka bakal terhapus. 

“Undang-undang kita discourage mereka untuk memeluk islam. Ini sudah tak betul. Sepatutnya kepentingan anak-anak yang diutamakan,” katanya.

Lukman Sheriff turut membuat perbandingan usaha dilakukan pihak menyokong sekolah vernakular apabila mereka dicabar di mahkamah berbanding usaha orang kita sendiri.

Katanya, apabila sekolah itu dicabar di mahkamah, maka dapat disaksikan ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkenaan mencelah dalam kes itu untuk berlawan deminya.

Beliau berkata situasi itu dilihat jauh berbeza di mana umat Islam tetap memilih berpeluk tubuh.

“Nasib dan keadaan kita tidak akan berubah selagi mana kita tidak mengubahnya. Inilah yang dikatakan dalam al- Quran. Kalau kita tidak fight jangan harap orang lain akan fight untuk kita,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Lukman Sheriff

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *