Connect with us

Terkini

UMNO kalah kerana budaya mengampu – Shahril Hamdan

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mendakwa kegagalan UMNO Terengganu memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, berpunca daripada kredibiliti peringkat pusat parti itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UMNO kalah kerana budaya mengampu – Shahril Hamdan
Foto: Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
  • Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mendakwa kegagalan UMNO Terengganu memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, berpunca daripada kredibiliti peringkat pusat parti itu.
  • Shahril menyifatkan, kegagalan UMNO kerana kepimpinannya masih mengamalkan ‘budaya’ lama.
  • “Keutamaan dalam UMNO masih lagi dengan budaya mengampu, yang tidak mahu cakap benda yang benar,” katanya dalam episod audio siar Keluar Sekejap, semalam.
  • Dalam PRN Sabtu lalu, BN Terengganu mencatatkan prestasi terburuk apabila kecundang semua 32 DUN ditandinginya di negeri itu.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mendakwa kegagalan UMNO Terengganu memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, berpunca daripada kredibiliti peringkat pusat parti itu.

Shahril menyifatkan, kegagalan UMNO kerana kepimpinannya masih mengamalkan ‘budaya’ lama.

“Keutamaan dalam UMNO masih lagi dengan budaya mengampu, yang tidak mahu cakap benda yang benar.

“Letak siapapun dalam keadaan gelombang macam ini memang tidak akan menang,” katanya dalam episod audio siar Keluar Sekejap, semalam.

Dalam PRN Sabtu lalu, BN Terengganu mencatatkan prestasi terburuk apabila kecundang semua 32 DUN ditandinginya di negeri itu.

Shahril berkata, kegagalan itu berlaku walaupun meletakkan calon berpengalaman seperti Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, yang juga bekas menteri besar.

“Sebelum ini mereka bincang kerusi mana yang nak diagih sebelum PRN, kepimpinan UMNO Terengganu yakin menang,” katanya.

Sementara itu, awal semalam, media melaporkan BN Terengganu menerima dan menghormati keputusan PRN yang tidak memihak kepada mereka.

Ahmad Said yang gagal mempertahankan DUN Kijal, berkata kalah atau menang sudah jadi adat bertanding, namun BN berbesar hati untuk terus menabur bakti kepada rakyat Terengganu.

Ahmad Said kecundang di DUN Kijal di tangan Ketua BERSATU Terengganu, Senator Datuk Razali Idris, yang menang dengan majoriti 3,758 undi.

Sumber: Berita Harian

Author