Connect with us

Terkini

(VIDEO) Menteri UMNO sudah minta jangan teruskan jual saham MAHB kepada BlackRock – Mohamad Hasan

Menteri daripada UMNO telah menyuarakan pandangan kepada Kerajaan supaya tidak meneruskan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock melalui Global Infrastructure Partners (GIP).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pandangan dikemukakan itu bagaimanapun disuarakan selepas keputusan diputuskan kerana ia tidak melalui Kabinet.
  • Kita menteri-menteri UMNO memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi dia punya transaksi sudah terlampau advanced jadi kita tengoklah macam mana.
  • “Kita tak tahu sama ada diteruskan atau tidak (keputusan) bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan dan ia yang perlu melihat baik buruk atau apa saja impact perkara ini,” katanya menerusi klip video dimuat naik Youtube MalaysiaGazette TV pada Ahad.
  • Mohamad yang juga Menteri Luar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya keputusan itu dibawa kepada Jemaah Menteri kerana yakin menteri-menteri daripada UMNO akan membantah cadangan tersebut.

KUALA LUMPUR — Menteri daripada UMNO telah menyuarakan pandangan kepada Kerajaan supaya tidak meneruskan penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, BlackRock melalui Global Infrastructure Partners (GIP).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pandangan dikemukakan itu bagaimanapun disuarakan selepas keputusan diputuskan kerana ia tidak melalui Kabinet.

Beliau berkata Khazanah Nasional Bhd perlu menilai kesan penjualan saham MAHB itu.

Kita menteri-menteri UMNO memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi dia punya transaksi sudah terlampau advanced jadi kita tengoklah macam mana.

“Kita tak tahu sama ada diteruskan atau tidak (keputusan) bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan dan ia yang perlu melihat baik buruk atau apa saja impact perkara ini,” katanya menerusi klip video dimuat naik Youtube MalaysiaGazette TV pada Ahad.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya keputusan itu dibawa kepada Jemaah Menteri kerana yakin menteri-menteri daripada UMNO akan membantah cadangan tersebut.

Khairy dilaporkan berkata penjualan kepada BlackRock jelas bertentangan dasar kerajaan Malaysia selama ini, termasuk Kerajaan Madani.

Terbaharu, GIP menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending