Terkini
The 1975 : Bayar ganti rugi atau saman
Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan dari England, The 1975 sekiranya enggan bertanggungjawab dan membayar ganti rugi yang ditanggung akibat pembatalan festival itu, baru-baru ini.
- Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan dari England, The 1975 sekiranya enggan bertanggungjawab dan membayar ganti rugi yang ditanggung akibat pembatalan festival itu, baru-baru ini.
- Menerusi kenyataan media dikeluarkan melalui peguam, FSA memaklumkan surat tuntutan sudah dihantar kepada The 1975 pada 7 Ogos lalu.
- “Tindakan undang-undang akan diambil di mahkamah England sekiranya gagal memenuhi tuntutan.
- “FSA ingin mengulangi, kami tidak menyokong sikap buruk The 1975 ketika mengadakan persembahan di GVF 2023, terutama vokalisnya, Matty Healy menggunakan perkataan kesat, merosakkan peralatan dan perilaku tidak sopan
- “Dia juga secara terang-terangan melanggar garis panduan dan undang-undang Malaysia serta mencalarkan reputasi GVF yang sudah diadakan sejak sedekad itu,” katanya.
- Malay Mail melaporkan, FSA menerusi syarikat guaman, Steven Thiru & Sudhar Partnership memfailkan tuntutan ganti rugi lebih RM12.3 juta dan memberi notis tujuh hari kepada The 1975.
KUALA LUMPUR – Penganjur Festival Good Vibes (GVF) 2023, Future Sound Asia (FSA) mengenakan tindakan undang-undang terhadap kumpulan dari England, The 1975 sekiranya enggan bertanggungjawab dan membayar ganti rugi yang ditanggung akibat pembatalan festival itu, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media dikeluarkan melalui peguam, FSA memaklumkan surat tuntutan sudah dihantar kepada The 1975 pada 7 Ogos lalu.
“Tindakan undang-undang akan diambil di mahkamah England sekiranya gagal memenuhi tuntutan.
“FSA ingin mengulangi, kami tidak menyokong sikap buruk The 1975 ketika mengadakan persembahan di GVF 2023, terutama vokalisnya, Matty Healy menggunakan perkataan kesat, merosakkan peralatan dan perilaku tidak sopan.
“Dia juga secara terang-terangan melanggar garis panduan dan undang-undang Malaysia serta mencalarkan reputasi GVF yang sudah diadakan sejak sedekad itu,” katanya.
FSA berkata, The 1975 juga sengaja melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama penganjur.
“Pelanggaran perjanjian itu mengakibatkan festival terpaksa dibatalkan dan penganjur terpaksa menanggung kerugian, ia turut memberi impak negatif kepada artis tempatan dan peniaga bergantung harapan kepada kejayaan festival.
“Ramai rakyat di negara ini terkesan dengan pembatalan acara berkenaan,” katanya lagi.
FSA berkata, cukup menghargai kepercayaan diberikan peminat dan pihak berkuasa sejak sekian lama.
“FSA akan terus memberikan komitmen tidak berbelah-bahagi untuk menyemarakkan dan memberikan pengalaman muzik berbeza kepada peminat dengan mematuhi syarat dan undang-undang tempatan,” kata FSA dalam kenyataan berkenaan.
Sementara itu, Malay Mail melaporkan, FSA menerusi syarikat guaman, Steven Thiru & Sudhar Partnership memfailkan tuntutan ganti rugi lebih RM12.3 juta dan memberi notis tujuh hari kepada The 1975.
Pada GVF 2023 yang berlangsung di Sepang pada 21 Julai lalu, Healy menimbulkan kekecohan apabila secara terbuka mempertikai undang-undang berhubung lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, sebelum berkucupan dengan pemain bes, Ross MacDonald.
Healy juga dengan selamba meminum minuman keras, meludah ke arah penonton dan merosakkan dron yang sepatutnya merakamkan acara terbabit.
Susulan kejadian itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilapor mengarahkan pembatalan serta-merta penganjuran GVF 2023.
Fahmi turut memanggil FSA susulan aksi dan kenyataan biadab vokalis The 1975 pada acara berkenaan.
Sumber: Berita Harian