Connect with us

Antarabangsa

Yahudi, ‘gay’ perlu hati-hati di kejiranan Arab di Berlin – Ketua Polis Berlin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Berlin, Barbara Slowik
  • Beberapa kawasan di Berlin tidak selamat untuk ‘gay secara terbuka’ dan orang Yahudi, kata Ketua Polis Berlin, Barbara Slowik.
  • “Terdapat kawasan, dan kita perlu jujur ​​di sini, di mana saya akan menasihati orang yang memakai kippah (ketayap Yahudi) atau secara terbuka gay atau lesbian supaya lebih berhati-hati.
  • “Malangnya, terdapat kawasan kejiranan tertentu di mana majoriti penduduknya berketurunan Arab, yang turut bersimpati dengan kumpulan pengganas,” kata Slowik kepada akhbar tempatan Berliner Zeitung dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Dia mendakwa ‘anti-Semitisme terbuka’ ditunjukkan terhadap ‘orang dengan kepercayaan dan asal-usul Yahudi’ di kawasan kejiranan itu.

Beberapa kawasan di Berlin tidak selamat untuk ‘gay secara terbuka’ dan orang Yahudi, kata Ketua Polis Berlin, Barbara Slowik.

“Terdapat kawasan, dan kita perlu jujur ​​di sini, di mana saya akan menasihati orang yang memakai kippah (ketayap Yahudi) atau secara terbuka gay atau lesbian supaya lebih berhati-hati.

“Malangnya, terdapat kawasan kejiranan tertentu di mana majoriti penduduknya berketurunan Arab, yang turut bersimpati dengan kumpulan pengganas,” kata Slowik kepada akhbar tempatan Berliner Zeitung dipetik Daily Mail pada Selasa.

Dia mendakwa ‘anti-Semitisme terbuka’ ditunjukkan terhadap ‘orang dengan kepercayaan dan asal-usul Yahudi’ di kawasan kejiranan itu.

Slowik berkata Polis Berlin memulakan lebih 6,200 siasatan sejak 7 Oktober 2023, walaupun kebanyakan kes berkaitan dengan mesej kebencian dalam talian atau grafiti. 

Kira-kira 1,300 penyiasatan itu adalah mengenai insiden ganas, walaupun Slowik menjelaskan majoriti daripadanya ditujukan terhadap pegawai polis pada perhimpunan seperti protes terhadap Israel.

“(Bilangan) jenayah kekerasan terhadap orang Yahudi mujurlah rendah, walaupun setiap jenayah sudah pasti terlalu banyak. Saya memahami bahawa ketakutan dan kebimbangan itu kekal,” kata Slowik. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *