Connect with us

Antarabangsa

BRICS tidak cari persaingan dengan mana-mana pihak – Putin

Negara-negara BRICS tidak bersaing dengan sesiapa dan menyokong pembentukan orde dunia multipolar baharu, kata Presiden Rusia Vladimir Putin semalam, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

BRICS tidak cari persaingan dengan mana-mana pihak – Putin
Foto: Presiden Rusia Vladimir Putin.
  • Negara-negara BRICS tidak bersaing dengan sesiapa dan menyokong pembentukan orde dunia multipolar baharu, kata Presiden Rusia Vladimir Putin semalam, lapor Xinhua.
  • “BRICS tidak bersaing dengan sesiapa dan tidak berusaha untuk bertindak sebagai pengimbang kepada sesiapa,” kata presiden semasa berucap secara maya pada mesyuarat format BRICS Plus/Outreach.
  • Beliau berkata negara-negara BRICS kesemuanya penyokong dunia multipolar yang sedang muncul, sambil menambah bahawa trend itu ditentang oleh negara-negara tertentu.
  • Orde dunia multipolar mempunyai pihak yang menentangnya dan “berusaha untuk menghentikan proses itu” serta mengekang pusat-pusat kuasa baharu, kata Putin.

MOSCOW: Negara-negara BRICS tidak bersaing dengan sesiapa dan menyokong pembentukan orde dunia multipolar baharu, kata Presiden Rusia Vladimir Putin semalam, lapor Xinhua.

“BRICS tidak bersaing dengan sesiapa dan tidak berusaha untuk bertindak sebagai pengimbang kepada sesiapa,” kata presiden semasa berucap secara maya pada mesyuarat format BRICS Plus/Outreach.

BRICS ialah singkatan perkumpulan yang memaksudkan sebuah kesatuan ekonomi terdiri daripada Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan.

Beliau berkata negara-negara BRICS kesemuanya adalah penyokong dunia multipolar yang sedang muncul, sambil menambah bahawa trend itu ditentang oleh negara-negara tertentu.

Orde dunia multipolar mempunyai pihak yang menentangnya dan “berusaha untuk menghentikan proses itu” serta mengekang pusat-pusat kuasa baharu, kata Putin.

“Negara-negara yang dikenali ‘Golden Billion’ ini telah berusaha keras untuk memelihara dunia unipolar… ia sesuai untuk mereka, dan merekalah yang mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Pemimpin Russia itu menyifatkan perkembangan tersebut sebagai “manifestasi kolonialisme,” sambil menambah bahawa negara-negara ini “bersembunyi di sebalik slogan demokrasi dan hak asasi manusia” sambil mengeksploitasi sumber negara membangun.

Negara-negara BRICS menentang amalan sedemikian, dan telah membina kerjasama mereka atas prinsip kejujuran, kesaksamaan, dan saling menghormati, kata Putin. –BERNAMA-XINHUA

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending