Connect with us

Terkini

Ajaran AMMA menyeleweng, bercanggah dengan syarak – Mufti Perak

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-231 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa ajaran Noor Hisham Bin Alias iaitu Allah Muhammad Muhammad Allah (AMMA) di Manjung adalah menyeleweng dan bercanggah dengan syarak.

Wartawan TMT

Published

on

Ajaran AMMA menyeleweng, bercanggah dengan syarak - Mufti Perak
Foto: Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-231 bersidang pada 12 April lalu memutuskan ajaran Noor Hisham Bin Alias iaitu Allah Muhammad Muhammad Allah (AMMA) di Manjung menyeleweng dan bercanggah dengan syarak.
  • Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan dicapai setelah Jawatankuasa Fatwa meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan dikemukakan berhubung ajaran tersebut.
  • Katanya, ajaran itu mengandungi elemen-elemen seperti menterjemah kalimah syahadah dengan ‘Tiada Nyata Hanya Allah’ tanpa penjelasan sebenar, mendakwa ajaran Islam sebenar diseleweng pada 850 masihi dan berpandangan ayat-ayat al-Quran mungkin tersalah ketika menulis kerana ia ditulis pada kulit-kulit serta tulang-tulang binatang ketika itu.
  • Wan Zahidi berkata, ajaran AMMA menimbulkan persoalan adakah nabi lembab kerana tidak tahu membaca dan menulis pada usia 40 tahun.
  • “Justeru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran Noor Hisham Bin Alias (AMMA) dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang yang telah terlibat dengan pegangan dan pengamalan ajaran ini hendaklah bertaubat kepada Allah SWT,” katanya.

IPOH – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak ke-231 yang bersidang pada 12 April lalu memutuskan bahawa ajaran Noor Hisham Bin Alias iaitu Allah Muhammad Muhammad Allah (AMMA) di Manjung adalah menyeleweng dan bercanggah dengan syarak.

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan itu dicapai setelah Jawatankuasa Fatwa meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan berhubung ajaran tersebut.

Katanya, ajaran itu mengandungi elemen-elemen seperti menterjemah kalimah syahadah dengan ‘Tiada Nyata Hanya Allah’ tanpa penjelasan sebenar, mendakwa ajaran Islam sebenar diseleweng pada 850 masihi dan berpandangan ayat-ayat al-Quran mungkin tersalah ketika menulis kerana ia ditulis pada kulit-kulit serta tulang-tulang binatang ketika itu.

“Mendakwa terdapat dua al-Quran iaitu al-Quran hidup yang ditafsir sebagai alam mini yang berada dalam diri manusia dan al-Quran Masyaf dan berhujah sekiranya al-Quran sekarang sangat penting, sudah tentu ia ditulis dan dibukukan oleh nabi.

“Mendakwa nabi tidak dilantik sebagai rasul, walhal baginda telah tahu kewujudan Allah ketika dibersihkan hatinya pada zaman kanak-kanak kerana baginda hanya tahu dan belum mengenal Allah (kombinasi Tahu dan Kenal),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Wan Zahidi berkata, ajaran AMMA juga menimbulkan persoalan adakah nabi lembab kerana tidak tahu membaca dan menulis pada usia 40 tahun.

Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran AMMA adalah menyeleweng dan bercanggah dengan syarak berdasarkan Ahli Sunah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

“Justeru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran Noor Hisham Bin Alias (AMMA) dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang yang telah terlibat dengan pegangan dan pengamalan ajaran ini hendaklah bertaubat kepada Allah SWT.

“Semua bentuk pengajaran, pengamalan, penerbitan, promosi, pengedaran bahan-bahan ajaran Noor Hisham Bin Alias (AMMA) melalui apa-apa medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta-merta,” katanya.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending