Terkini
Isu GISBH: JAIS teliti 19 video Pusat Kajian Ajaran Sesat
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meneliti 19 video dimuat naik di media sosial Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) berhubung isu syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang tular baru-baru ini.
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meneliti 19 video dimuat naik di media sosial Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) berhubung isu syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang tular baru-baru ini.
- Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penelitian itu dibuat bagi mengukuhkan hasil siasatan sedia ada dan mendapatkan keterangan daripada individu atau pihak lain untuk melengkapkan siasatan.
- “Aktiviti ahli GISBH antara yang sentiasa dipantau secara rapat oleh JAIS berikutan wujudnya kaitan antara mereka dengan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa’.
- “Istitabah diuruskan JAIS pada 8 November 2013 tidak pernah membatalkan fatwa tentang kepercayaan dan amalan yang melibatkan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa’,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
- Pada Sabtu lalu, JAKIM dilaporkan diarah supaya mengadakan pertemuan dengan GISBH bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan berhubung dakwaan penglibatan syarikat itu dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa.
- Syarikat itu turut didakwa mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.
- GISBH bagaimanapun menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja, selain menolak tuduhan kanak-kanak di rumah amal mereka diliwat dan diajar meliwat.
KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah meneliti 19 video dimuat naik di media sosial Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) berhubung isu syarikat Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang tular baru-baru ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penelitian itu dibuat bagi mengukuhkan hasil siasatan sedia ada dan mendapatkan keterangan daripada individu atau pihak lain untuk melengkapkan siasatan.
Mohd Shahzihan berkata JAIS peka dengan apa juga fakta-fakta yang membawa kepada penyimpangan daripada ajaran Islam sebenar yang berlaku di Selangor.
“Aktiviti ahli Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) antara yang sentiasa dipantau secara rapat oleh JAIS berikutan wujudnya kaitan antara mereka dengan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa’.
“Istitabah diuruskan JAIS pada 8 November 2013 tidak pernah membatalkan fatwa tentang kepercayaan dan amalan yang melibatkan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa’,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohd Shahzihan berkata pihaknya juga berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya barang rampasan berkaitan kepercayaan dan amalan ahli GISBH dalam serbuan pada 11 September lalu, diserahkan kepada JAIS untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7, 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Beliau berkata serbuan PDRM itu membabitkan Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah yang berdaftar dengan JAIS pada Januari 2015 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember 2025.
Katanya, sekolah itu terdiri daripada 12 guru dan kakitangan serta 104 pelajar lelaki dan perempuan yang menggunakan silibus JAIS.
“Sepanjang pemantauan dibuat di sekolah tersebut pada 13 Januari 2023, 23 Mac 2023 dan 26 Julai 2024, tidak wujud sebarang penyelewengan yang dikesan.
“Manakala, sebuah lagi sekolah iaitu Maahad Tahfiz Wal Ulum Al-Ghazaly telah didaftarkan pada 12 November 2014 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember tahun ini.
“Maahad ini terdiri daripada 3 orang kakitangan dan 54 pelajar lelaki dengan menggunakan kurikulum tahfiz sendiri,” katanya.
Mohd Shahzihan memaklumkan, lapan sekolah yang disyaki di bawah GISBH berdaftar dengan JAIS di mana dua daripadanya telah menutup operasi secara sukarela, manakala dua lagi telah tamat pendaftaran dan satu sekolah ditarik pendaftaran sementara baki masih lagi beroperasi sehingga 2028.
“Berikutan tindakan dan penemuan PDRM yang melibatkan sekolah yang berdaftar di bawah enakmen yang berkuatkuasa, JAIS akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sekolah terlibat mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988,” katanya.
Pada Sabtu lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaporkan diarah supaya mengadakan pertemuan dengan GISBH bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan berhubung dakwaan penglibatan syarikat itu dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa.
Syarikat itu turut didakwa mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.
Semalam, media melaporkan kesemua 171 suspek yang ditahan dalam serbuan di rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH di seluruh Negeri Sembilan dan Selangor kelmarin kerana didakwa mengeksploitasi 402 kanak-kanak direman tujuh hari.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua 20 premis yang diserbu ditutup sementara.
GISBH bagaimanapun menafikan dakwaan syarikat itu terbabit dalam eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja, selain menolak tuduhan kanak-kanak di rumah amal mereka diliwat dan diajar meliwat. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini1 day ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina