Terkini
(VIDEO) Siasat jika ada pihak tertentu, termasuk pegawai berkuasa agama cuba lindungi GISBH
Siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti sama ada wujud pihak tertentu, termasuk pihak berkuasa agama, yang cuba melindungi maklumat berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).
- Ia susulan GISBH sebelum ini dilihat berjaya mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh penting, termasuk perdana menteri, sekali gus memperlihatkan seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dalam proses pemantauan pihak berkuasa agama.
- “Secara logiknya orang yang nak jumpa seorang tokoh pemimpin tertinggi negara sudah tentu 20 ke 30 orang sehari… tak sempat nak siasat satu persatu (tapi) ini tugas pihak berkuasa yang ada di sekeliling, pihak berkuasa agama, pihak berkuasa keselamatan.
- “Kenapa perkara (maklumat berkaitan GISBH) ini tidak sampai kepada meja kabinet kepada menteri kabinet kepada perdana menteri? Saya hanya membawa kemusykilan daripada rakyat di luar sana adakah ada pihak tertentu yang cuba untuk melindungi mereka ini sehingga maklumat ditutup?”
- “Ini yang perlu untuk disiasat sepenuhnya dengan cara konsisten, transparent supaya kali ini jangan ada lagi yang cuba untuk melindungi perkara-perkara seperti ini,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘GISB: Antara akidah dan ekonomi’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini malam ini.
- Fadhli berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut berkaitan persoalan dibangkitkan beliau sebelum ini tentang bagaimana kumpulan itu berjaya mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh penting, termasuk perdana menteri.
- Ia dilihat seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dalam proses pemantauan pihak berkuasa agama hingga pertemuan sedemikian boleh berlaku dan apakah siasatan perlu dilakukan terhadap mereka susulan timbul kemusykilan sedemikian.
KUALA LUMPUR — Siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti sama ada wujud pihak tertentu, termasuk pihak berkuasa agama, yang cuba melindungi maklumat berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).
Ia susulan GISBH sebelum ini dilihat berjaya mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh penting, termasuk perdana menteri, sekali gus memperlihatkan seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dalam proses pemantauan pihak berkuasa agama.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaarii berkata perkara itu perlu disiasat sepenuhnya secara konsisten dan telus supaya tiada lagi cubaan daripada pihak tertentu untuk melindungi kelompok terbabit.
Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, mereka yang cuba melindungi maklumat berkaitan GISBH sebenarnya bersubahat dalam meruntuhkan tamadun ummah dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.
“Secara logiknya orang yang nak jumpa seorang tokoh pemimpin tertinggi negara sudah tentu 20 ke 30 orang sehari… tak sempat nak siasat satu persatu (tapi) ini tugas pihak berkuasa yang ada di sekeliling, pihak berkuasa agama, pihak berkuasa keselamatan.
“Kenapa perkara (maklumat berkaitan GISBH) ini tidak sampai kepada meja kabinet kepada menteri kabinet kepada perdana menteri? Saya hanya membawa kemusykilan daripada rakyat di luar sana adakah ada pihak tertentu yang cuba untuk melindungi mereka ini sehingga maklumat ditutup?”
“Ini yang perlu untuk disiasat sepenuhnya dengan cara konsisten, transparent supaya kali ini jangan ada lagi yang cuba untuk melindungi perkara-perkara seperti ini,” kata Fadhli menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘GISB: Antara akidah dan ekonomi’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini malam ini.
Fadhli berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut berkaitan persoalan dibangkitkan beliau sebelum ini tentang bagaimana kumpulan itu berjaya mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh penting, termasuk perdana menteri.
Ia dilihat seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena dalam proses pemantauan pihak berkuasa agama hingga pertemuan sedemikian boleh berlaku dan apakah siasatan perlu dilakukan terhadap mereka susulan timbul kemusykilan sedemikian.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin dan Felo Penyelidik, Pusat Ekonomi Islam, UIA, Profesor Madya Dr Muhammad Irwan Ariffin sebagai panel.
Mengulas lanjut, Fadhli berkata untuk merosakkan sesuatu usaha yang cukup hebat, termasuk apa dilakukan pegawai agensi agama dalam isu GISBH, adakalanya hanya memerlukan satu atau dua sahaja individu melakukan pengkhianatan.
“Sebuah satu agensi yang hebat begitu besar melaksanakan kerja-kerja dan saya tahu kadang-kadang mereka bekerja lebih daripada office hours, tetapi sebagaimana saya sebut tadi kadang-kadang mungkin sebahagian daripada kebocoran-kebocoran ini yang berlaku dan wajib untuk kita lakukan siasatan di mana salah dan silapnya.
“Kalau perlu untuk melakukan pertukaran tukar, kalau perlu untuk lakukan tindakan lakukan tindakan tetapi ia wajib untuk dilaksanakan,” kata Fadhli. — The Merdeka Times
View this post on Instagram
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord