Connect with us

Terkini

Kenyataan Tun M ada kebenaran – Pakar Perlembagaan

Usaha menyamaratakan kemajmukan rakyat negara ini dengan kaum Melayu dan unsur kemelayuan yang menjadi teras identiti bangsa Malaysia, sememangnya bertentangan Perlembagaan Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

Kenyataan Tun M ada kebenaran - Pakar Perlembagaan
Foto: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (kanan).
  • Usaha menyamaratakan kemajmukan rakyat negara ini dengan kaum Melayu dan unsur kemelayuan yang menjadi teras identiti bangsa Malaysia, sememangnya bertentangan Perlembagaan Persekutuan.
  • Kebimbangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha promosi negara berbilang kaum sehingga mengenepikan unsur kemelayuan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ada kebenaran.
  • Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata perlu difahami bahawa istilah orang Melayu mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan berbeza dengan bangsa Melayu kerana Perjanjian Persekutuan Melayu 1948 memperluaskan takrifan bangsa Melayu apabila menerima kemasukan kaum bukan bangsa asal Tanah Melayu sebagai warga negara Persekutuan. Namun, Perlembagaan memelihara jati diri bangsa asal yang beridentiti unsur kemelayuan dalam peruntukan Perlembagaan.
  • Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan usaha mempromosi negara berbilang bangsa sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dr Mahathir menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum, sebaliknya menekankan kemelayuan Malaysia.
  • Ahmad Fauzi berkata perlu difahami bahawa suatu bangsa itu tidak terikat pada darah keturunan, perbezaan etnik atau ras sebaliknya bangsa dan ke’bangsa’an itu adalah kewarganegaraan atau kerakyatan.

KUALA LUMPUR: Usaha menyamaratakan kemajmukan rakyat negara ini dengan kaum Melayu dan unsur kemelayuan yang menjadi teras identiti bangsa Malaysia, sememangnya bertentangan Perlembagaan Persekutuan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Justeru, kebimbangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha promosi negara berbilang kaum sehingga mengenepikan unsur kemelayuan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ada kebenaran.

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata perlu difahami bahawa istilah orang Melayu mengikut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan berbeza dengan bangsa Melayu kerana Perjanjian Persekutuan Melayu 1948 memperluaskan takrifan bangsa Melayu apabila menerima kemasukan kaum bukan bangsa asal Tanah Melayu sebagai warga negara Persekutuan. Namun, Perlembagaan memelihara jati diri bangsa asal yang beridentiti unsur kemelayuan dalam peruntukan Perlembagaan.

Justeru, katanya warganegara Malaysia adalah bangsa Melayu yang terdiri pelbagai kumpulan etnik iaitu orang Melayu dan orang bukan Melayu, pelbagai anutan agama yang menghormati kedudukan agama Islam dan pendukung jati diri watan di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.

“Dengan itu, kebebasan beragama tidak bersifat paksaan kepada penganutan agama Islam, kedudukan Bahasa Kebangsaan tidak menafikan penggunaan bahasa lain dalam urusan bukan rasmi, sebaliknya jati diri watan Tanah Melayu prasyarat seorang warga negara, malah sehingga kini masih terpelihara dan menjadi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Prinsip Keluhuran Perlembagaan meletakkan jati diri watan Tanah Melayu di tempat tinggi dan tidak boleh dilihat sebagai diskriminasi kepada mana-mana pihak,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan usaha mempromosi negara berbilang bangsa sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dr Mahathir menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum, sebaliknya menekankan kemelayuan Malaysia.

Ahmad Fauzi berkata perlu difahami bahawa suatu bangsa itu tidak terikat pada darah keturunan, perbezaan etnik atau ras sebaliknya bangsa dan ke’bangsa’an itu adalah kewarganegaraan atau kerakyatan.

“Pada satu sisi lain, Malaysia berakar pada ‘Malay’ iaitu Melayu, dan Malaysia dirujuk sebagai gugusan kepulauan Melayu atau Tanah Melayu dalam wilayah Alam Melayu. Sering dibangkitkan bahawa warga negara kita terdiri daripada bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India dan lain-lain bangsa. Untuk menyatakan bangsa Melayu itu warga negara Malaysia jawabnya tidak salah kerana bangsa Melayu ialah warga negara Persekutuan Tanah Melayu yang bersekutu dengan Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak untuk membentuk ‘supra-nation’ Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, satu perkara yang tidak boleh diabaikan adalah taat setia setiap warga negara kepada elemen watan Tanah Melayu sebagai kewajipan kewarganegaraan. 

Katanya, perkara itu membabitkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, institusi Raja Melayu, bahasa Melayu termasuklah tulisan Jawi, adat resam Melayu, serta kedudukan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan orang Asli sebagai bangsa asal.

“Kedudukan elemen watan tidak patut dipertikai kerana itulah syarat perlu dipenuhi sebelum seseorang itu diterima sebagai warga negara. Dari sudut ini, penerimaan kaum pendatang atau bangsa asing sebagai bangsa Melayu (warga negara Persekutuan Tanah Melayu) perlu disertai kefahaman bahawa mereka hendaklah mentaati prinsip Keluhuran Perlembagaan.

Ini termasuk mengasimilasi atau sekurang-kurangnya mengakomodasi jati diri watan Tanah Melayu dan seorang warga negara Malaysia tidak mungkin boleh mengekalkan kebangsaan lain, sama ada China, India, Arab atau Eropah, namun pengenalan etnik boleh dikekalkan,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending