Connect with us

Terkini

Bukan Melayu lebih ramai terlibat kes beri rasuah

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Berdasarkan data SPRM bagi tempoh 2015 hingga 30 Jun 2025, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kaum Cina mencatatkan jumlah tertinggi bagi tangkapan kes beri rasuah iaitu 630 kes, diikuti kaum lain-lain dengan 518 kes, Melayu (390 kes) dan India (151).
  • Bagi kes kategori penerima rasuah pula, kaum Melayu merekodkan angka tertinggi dengan 3,690 kes, jauh mengatasi kaum Cina (494), kaum lain-lain (449) dan India (263).

KUALA LUMPUR — Data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2015 hingga 30 Jun 2025 menunjukkan lebih ramai bukan Melayu terlibat sebagai pemberi rasuah, manakala penerima rasuah pula kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu.

Berdasarkan tempoh masa itu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kaum Cina dilihat mencatatkan jumlah tertinggi bagi tangkapan kes beri rasuah iaitu 630 kes, diikuti kaum lain-lain dengan 518 kes, Melayu (390 kes) dan India (151).

Bagi kes kategori penerima rasuah pula, kaum Melayu merekodkan angka tertinggi dengan 3,690 kes, jauh mengatasi kaum Cina (494), kaum lain-lain (449) dan India (263).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kes terima dan memberi rasuah melibatkan kaum adalah masing-masing sebanyak 4,896 kes dan 1,689 kes.

Manakala, bagi tempoh 10 tahun yang sama mengikut kategori umur, individu berusia 40 tahun ke bawah mencatatkan jumlah tangkapan kes terima rasuah tertinggi iaitu 2,603 kes, sementara kes beri rasuah pula sebanyak 981 kes.

Di kedudukan kedua tertinggi adalah individu berusia 41 hingga 60 tahun dengan 2,097 kes tangkapan terima rasuah, dan 622 kes tangkapan beri rasuah.

Azalina berkata daripada tahun sama juga, statistik tangkapan kes rasuah terhadap individu menerima rasuah mengikut sektor menunjukkan, penjawat awam mencatatkan sebanyak 2,965 kes, diikuti sektor swasta dengan 1,101 kes dan orang awam (680), syarikat berkepentingan kerajaan (119), sementara ahli politik hanya merekodkan 31 kes.

Bagi tangkapan kes beri rasuah pula, orang awam mencatatkan 1,061 kes, diikuti sektor swasta dengan 511 kes dan syarikat berkepentingan kerajaan (64 kes), penjawat awam (47 kes) serta enam kes membabitkan ahli politik.

Data itu diberikan Azalina menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jerantut, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin berkenaan statistik pemberi dan penerima rasuah mengikut kategori kaum, umur dan bidang kerjaya bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini. — The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author