Connect with us

Terkini

Benarkan pekerja pulang mengundi – Timbalan Menteri Sumber Manusia

Kementerian Sumber Manusia (KSM) mahu majikan membenarkan pekerja masing-masing untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Benarkan pekerja pulang mengundi – Timbalan Menteri Sumber Manusia
Foto: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud.
  • Kementerian Sumber Manusia (KSM) mahu majikan membenarkan pekerja masing-masing untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini. 
  • Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, bagaimanapun, berkata pihaknya tidak bercadang untuk mengeluarkan sebarang pekeliling berhubung perkara itu, mengambil kira peruntukan sedia ada dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 
  • “Akta sedia ada menyebut mana-mana majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau penjara setahun.
  • “Semua majikan kena patuh untuk benarkan pekerja mereka balik mengundi dan kepada pekerja, kalau ada majikan tidak benarkan mereka pulang mengundi sila laporkan ke Jabatan Tenaga Kerja atau agensi kami yang lain untuk tindakan lanjut,” katanya. 

MARANG — Kementerian Sumber Manusia (KSM) mahu majikan membenarkan pekerja masing-masing untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, bagaimanapun, berkata pihaknya tidak bercadang untuk mengeluarkan sebarang pekeliling berhubung perkara itu, mengambil kira peruntukan sedia ada dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

“Akta sedia ada menyebut mana-mana majikan yang enggan membenarkan pekerja keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau penjara setahun.

“Semua majikan kena patuh untuk benarkan pekerja mereka balik mengundi dan kepada pekerja, kalau ada majikan tidak benarkan mereka pulang mengundi sila laporkan ke Jabatan Tenaga Kerja atau agensi kami yang lain untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Sesi Libat Urus TRIPARTITE 2023 Zon Timur di Institut Latihan Perindustrian Marang, di sini, hari ini. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan hari penamaan calon PRN akan datang pada 29 Julai ini, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos.

Enam negeri terlibat PRN kali ini ialah Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author