Terkini
Kerja fleksibel, lokasi tempat kerja faktor utama pekerja kekal dalam syarikat – Tinjauan
Pakej gaji ditawarkan bukan lagi faktor utama pekerja di Malaysia memilih kekal dalam syarikat, demikian menurut Tinjauan Gaji Hays Asia 2024 yang dijalankan ke atas 2,014 profesional berkemahiran dan 832 majikan di negara ini.

- Pakej gaji ditawarkan bukan lagi faktor utama pekerja di Malaysia memilih kekal dalam syarikat, demikian menurut Tinjauan Gaji Hays Asia 2024 yang dijalankan ke atas 2,014 profesional berkemahiran dan 832 majikan di negara ini.
- Menurut Hays, 38.3 peratus responden memilih sebab lokasi tempat bekerja atau pilihan bekerja fleksibel sebagai faktor utama untuk kekal bersama majikan atau organisasi.
- Selain itu, keseimbangan kehidupan dan pekerjaan juga menjadi pilihan utama untuk mereka kekal dengan syarikat sedia ada (35.8 peratus).
- Malah, Hays mendedahkan hubungan baik dengan majikan atau rakan sekerja (34.6 peratus) juga antara tiga sebab teratas responden pilih untuk terus kekal.
- Faktor bersandarkan wang dan manfaat lain berada pada kedudukan keempat dan kelima apabila 30.8 peratus responden memilih pakej gaji, manakala bonus, kenaikan pangkat atau pertukaran dalaman dipilih sebagai faktor terakhir dengan 21.8 peratus responden.
KUALA LUMPUR — Pakej gaji ditawarkan bukan lagi faktor utama pekerja di Malaysia memilih kekal dalam syarikat, demikian menurut Tinjauan Gaji Hays Asia 2024 yang dijalankan ke atas 2,014 profesional berkemahiran dan 832 majikan di negara ini.
Menurut Hays, 38.3 peratus responden memilih sebab lokasi tempat bekerja atau pilihan bekerja fleksibel sebagai faktor utama untuk kekal bersama majikan atau organisasi.
Selain itu, keseimbangan kehidupan dan pekerjaan juga menjadi pilihan utama untuk mereka kekal dengan syarikat sedia ada (35.8 peratus).
Malah, Hays mendedahkan hubungan baik dengan majikan atau rakan sekerja (34.6 peratus) juga antara tiga sebab teratas responden pilih untuk terus kekal.
Faktor bersandarkan wang dan manfaat lain berada pada kedudukan keempat dan kelima apabila 30.8 peratus responden memilih pakej gaji, manakala bonus, kenaikan pangkat atau pertukaran dalaman dipilih sebagai faktor terakhir dengan 21.8 peratus responden.
“Apabila membabitkan pekerja sedia ada, pilihan bekerja yang fleksibel telah dipilih sebulat suara sebagai sebab paling penting kepada keputusan itu, yang dinilai melebihi pertimbangan gaji.
“Antara pekerja yang komited, keseimbangan kerja-kehidupan yang baik dan pengalaman yang sesuai dengan pengurus dan rakan sekerja masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga,” katanya dipetik Berita Harian pada Rabu.
Pada 2021, media melaporkan aturan kerja fleksibel menjadi keutamaan pekerja berbanding bonus prestasi yang menarik, menurut Tinjauan Gaji Tahunan Robert Walters.
Pengarah Robert Walters Malaysia dan Philippines, Kimberlyn Lu berkata menerusi tinjauan gaji tahunan dijalankan, 44 peratus calon akan menolak posisi baharu jika tiada fleksibiliti ditawarkan. — The Merdeka Times
