Connect with us

Terkini

Waris mangsa MH370 sifatkan lawak Jocelyn terdesak, keji dan menjijikkan!

Seorang waris kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 menyifatkan tindakan seorang pelawak wanita dari Singapura menjadikan tragedi kehilangan pesawat itu bahan lawak sebagai terdesak, keji dan menjijikan.

A.R. Khan

Published

on

Waris mangsa MH370 sifatkan lawak Jocelyn terdesak, keji dan menjijikkan!
Foto: Waris mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, Intan Maizura Othaman.
  • Seorang waris kepada mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 menyifatkan tindakan seorang pelawak wanita dari Singapura menjadikan tragedi kehilangan pesawat itu bahan lawak sebagai terdesak, keji dan menjijikkan.
  • Jelas terkesan dengan tindakan tidak sensitif pelawak komediri (stand up comedy) itu, Intan Maizura Othaman juga menyifatkan Jocelyn Chia sebagai individu terdesak, keji dan suram kerana menggunakan tragedi malang MH370 sebagai bahan lawak.
  • Beliau berkata pelawak komediri wanita itu seakan-akan menggunakan kontroversi untuk mengejar populariti segera.
  • “Personally, I see this as a cry for help from a desperate, heinous, sombre human. Leave MH370 out of your humourless depressing comic!,” kata Intan Maizura dalam hantaran di FB hari ini.
  • The Merdeka Times (TMT) hari ini melaporkan mengenai pelawak dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikannya sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.
  • Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas. Kehilangan pesawat itu masih misteri hingga ke hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang waris kepada mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 menyifatkan tindakan seorang pelawak wanita dari Singapura menjadikan tragedi kehilangan pesawat itu bahan lawak sebagai terdesak, keji dan menjijikan.

Jelas terkesan dengan tindakan tidak sensitif pelawak komediri (stand up comedy) itu, Intan Maizura Othaman juga menyifatkan Jocelyn Chia sebagai individu terdesak, keji dan suram kerana menggunakan tragedi malang MH370 sebagai bahan lawak.

Malah pelawak yang difahamkan kini berada di Amerika Syarikat (AS) itu, dikatakan ketawa kepada lawak bodohnya sendiri.

Katanya, pelawak komediri wanita itu juga seakan-akan menggunakan kontroversi untuk mengejar populariti segera.

Foto: Facebook Intan Maizura Othaman.

“When you attended a show that features an incompetent lawyer turned unfunny comedian, this is what you get..

“The need to take distasteful cheap shots using controversial issues to gain quick popularity is strong in this one..

“Remember people, inferiority and insecurity can sometimes turn people into this ugly.

“Self-loathing persona and manifest itself as an awkward and heartless (or maybe brainless) comic “ kata Intan Maizura dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Intan Maizura berkata pelawak wanita itu tahu bahan lawaknya tidak sensitif dan bersifat ofensif kepada ramai pihak, namun dia memilih untuk menggunakannya.

“(note that she laugh at her own stupid jokes).. personally, I see this as a cry for help from a desperate, heinous, sombre human.

“Leave MH370 out of your humourless depressing comic! Be better woman, be better! Gross and disgusting!,” kata waris keluarga mangsa pesawat MH370 itu.

The Merdeka Times (TMT) hari ini melaporkan mengenai pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.

Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di AS dan video persembahan itu tular di Twitter dan Tiktok serta dimuat naik di Instagramnya sendiri.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Susulan insiden itu, operasi mencari membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan terbuka bangunkan tanah wakaf asalkan tepati hukum syarak

Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak, termasuk memenuhi niat pewakaf.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara.
  • Mohd Na’im menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu langkah kerajaan mengawal selia pembangunan tanah wakaf dalam memacu ekonomi Islam serta statistik hasil wakaf harta dan wakaf tunai sepanjang 2022 hingga 2024.
  • Berdasarkan statistik, kutipan wakaf tunai meningkat daripada RM67.19 juta pada 2020 kepada RM106 juta pada 2022, menunjukkan pembangunan wakaf semakin mendapat perhatian umum, khususnya dalam aspek pembangunan hartanah wakaf dan pengenalan produk-produk wakaf.

KUALA LUMPUR — Kerajaan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bersifat terbuka dalam apa jua langkah bagi membangunkan tanah wakaf di Malaysia, asalkan ia memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dan menepati hukum syarak termasuk memenuhi niat pewakaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain itu, semua pembangunan tanah wakaf perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Tanah Negara.

Katanya dalam urusan mengawal selia pembangunan tanah wakaf di Malaysia bagi memacu ekonomi Islam, kerajaan sentiasa menunjukkan komitmen menerusi penyediaan peruntukan pembangunan dalam setiap Rancangan Malaysia.

“Di samping itu, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku agensi Persekutuan yang membantu MAIN dalam urusan pembangunan wakaf turut menyediakan garis panduan dan manual tadbir urus wakaf seperti Manual Pengurusan Model Perundangan Wakaf.

“Kerjasama dan kolaborasi strategik turut digalakkan antara sektor awam dan swasta. Agensi Persekutuan seperti JAWHAR dan YWM (Yayasan Waqaf Malaysia) giat melaksanakan libat urus bersama semua MAIN dengan penglibatan sektor korporat dan badan bukan Kerajaan (NGO),” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang ingin tahu langkah kerajaan untuk mengawal selia pembangunan tanah wakaf dalam memacu ekonomi Islam serta statistik hasil wakaf harta dan wakaf tunai sepanjang 2022 hingga 2024.

Mohd Na’im berkata berdasarkan statistik, kutipan wakaf tunai meningkat daripada RM67.19 juta pada 2020 kepada RM106 juta pada 2022, menunjukkan pembangunan wakaf semakin mendapat perhatian umum, khususnya dalam aspek pembangunan hartanah wakaf dan pengenalan produk-produk wakaf.

Bagi kutipan dana Wakaf Tunai Malaysia di bawah YWM pula, beliau berkata ia berjumlah RM12.8 juta sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas dengan hasil sumbangan adalah daripada masyarakat dan pihak korporat, sama ada melalui potongan gaji atau secara sekali beri (one-off).

Selain itu, menurutnya, kerjasama agensi Persekutuan dan negeri dalam mengurus aset-aset wakaf seperti The Grand Puteri Hotel di Terengganu dan Puteri Bay Hotel Melaka turut berjaya menjanakan pendapatan kasar berjumlah RM22.8 juta, sepanjang tempoh 2022 hingga Mei lepas.

Bagi Wilayah Persekutuan pula, Mohd Na’im berkata sehingga Jun 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menguruskan 89 lot (64.67 ekar) hartanah wakaf yang terdiri dari 64 lot hartanah wakaf khas dan 25 lot hartanah wakaf am.

“Dalam konteks pengurusan hartanah wakaf, MAIWP menguruskan 38 premis hartanah wakaf sedia ada terdiri daripada 23 rumah (bertanah), 1 buah rumah (bukan bertanah), tiga lot kedai dan sebuah bangunan komersial.

“Selain premis, MAIWP juga menguruskan 51 lot tanah terdiri dari 21 lot tanah kosong, 12 lot tapak masjid, sembilan lot tapak surau atau madrasah, lima tapak perkuburan dan empat tapak sekolah,” katanya menambah perancangan pembangunan juga sudah dibuat ke atas 21 lot tanah kosong termasuk di Setiawangsa dan Setapak. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending