Terkini
Waris mangsa MH370 sifatkan lawak Jocelyn terdesak, keji dan menjijikkan!
Seorang waris kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 menyifatkan tindakan seorang pelawak wanita dari Singapura menjadikan tragedi kehilangan pesawat itu bahan lawak sebagai terdesak, keji dan menjijikan.
- Seorang waris kepada mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 menyifatkan tindakan seorang pelawak wanita dari Singapura menjadikan tragedi kehilangan pesawat itu bahan lawak sebagai terdesak, keji dan menjijikkan.
- Jelas terkesan dengan tindakan tidak sensitif pelawak komediri (stand up comedy) itu, Intan Maizura Othaman juga menyifatkan Jocelyn Chia sebagai individu terdesak, keji dan suram kerana menggunakan tragedi malang MH370 sebagai bahan lawak.
- Beliau berkata pelawak komediri wanita itu seakan-akan menggunakan kontroversi untuk mengejar populariti segera.
- “Personally, I see this as a cry for help from a desperate, heinous, sombre human. Leave MH370 out of your humourless depressing comic!,” kata Intan Maizura dalam hantaran di FB hari ini.
- The Merdeka Times (TMT) hari ini melaporkan mengenai pelawak dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikannya sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.
- Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas. Kehilangan pesawat itu masih misteri hingga ke hari ini.
KUALA LUMPUR – Seorang waris kepada mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 menyifatkan tindakan seorang pelawak wanita dari Singapura menjadikan tragedi kehilangan pesawat itu bahan lawak sebagai terdesak, keji dan menjijikan.
Jelas terkesan dengan tindakan tidak sensitif pelawak komediri (stand up comedy) itu, Intan Maizura Othaman juga menyifatkan Jocelyn Chia sebagai individu terdesak, keji dan suram kerana menggunakan tragedi malang MH370 sebagai bahan lawak.
Malah pelawak yang difahamkan kini berada di Amerika Syarikat (AS) itu, dikatakan ketawa kepada lawak bodohnya sendiri.
Katanya, pelawak komediri wanita itu juga seakan-akan menggunakan kontroversi untuk mengejar populariti segera.
“When you attended a show that features an incompetent lawyer turned unfunny comedian, this is what you get..
“The need to take distasteful cheap shots using controversial issues to gain quick popularity is strong in this one..
“Remember people, inferiority and insecurity can sometimes turn people into this ugly.
“Self-loathing persona and manifest itself as an awkward and heartless (or maybe brainless) comic “ kata Intan Maizura dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Intan Maizura berkata pelawak wanita itu tahu bahan lawaknya tidak sensitif dan bersifat ofensif kepada ramai pihak, namun dia memilih untuk menggunakannya.
“(note that she laugh at her own stupid jokes).. personally, I see this as a cry for help from a desperate, heinous, sombre human.
“Leave MH370 out of your humourless depressing comic! Be better woman, be better! Gross and disgusting!,” kata waris keluarga mangsa pesawat MH370 itu.
The Merdeka Times (TMT) hari ini melaporkan mengenai pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.
Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di AS dan video persembahan itu tular di Twitter dan Tiktok serta dimuat naik di Instagramnya sendiri.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.
Susulan insiden itu, operasi mencari membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan. – The Merdeka Times