Connect with us

Terkini

Selepas dikecam bertubi-tubi, sekatan ke atas MalaysiaNow ditarik balik

Sekatan yang mengakibatkan portal berita MalaysiaNow tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pengguna internet di negara ini kelihatannya berakhir petang Khamis, selepas kritikan bertubi-tubi ditujukan terhadap kerajaan dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang tidak mengaku bertanggungjawab. 

Wartawan TMT

Published

on

Selepas dikecam bertubi-tubi, sekatan ke atas MalaysiaNow ditarik balik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekatan mengakibatkan portal berita MalaysiaNow tidak dapat diakses sebahagian besar pengguna internet di negara ini kelihatannya berakhir petang Khamis, selepas kritikan bertubi-tubi ditujukan terhadap kerajaan dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang tidak mengaku bertanggungjawab. 
  • Semakan menunjukkan pengguna TM Unifi, Maxis dan Celcom kini boleh mengakses laman sesawang itu, berikutan sekatan 48 jam yang menyaksikan mereka yang menggunakan tiga penyedia perkhidmatan internet utama itu tidak dapat mengakses laman sesawang berkenaan sejak Selasa.
  • Semakan MalaysiaNow sendiri mengesahkan laman sesawangnya disekat, menimbulkan persoalan mengenai wujudnya penglibatan mereka yang mempunyai kuasa dalam menyekat akses ke atas laman sesawangnya. 
  • “Walaupun kami lega kerana laman sesawang itu boleh diakses semula oleh rakyat Malaysia, kami tidak akan berhenti sehingga kami mengenal pasti punca di sebalik sekatan ini yang menjejaskan beberapa ISP utama. 
  • “Dalam dunia digital, segala-galanya boleh dijejaki dan kita akan tahu tidak lama lagi,” kata Pengarang MalaysiaNow Abdar Rahman Koya.
  • Seorang pengulas politik berkata MalaysiaNow mungkin menjadi sasaran kerana laporan terbarunya mengenai insiden semasa dialog Anwar dengan pelajar, di mana dia secara berseloroh meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan, menimbulkan kemarahan orang ramai.

Sekatan yang mengakibatkan portal berita MalaysiaNow tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pengguna internet di negara ini kelihatannya berakhir petang Khamis, selepas kritikan bertubi-tubi ditujukan terhadap kerajaan dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang tidak mengaku bertanggungjawab. 

Semakan menunjukkan bahawa pengguna TM Unifi, Maxis dan Celcom kini boleh mengakses laman sesawang itu, berikutan sekatan 48 jam yang menyaksikan mereka yang menggunakan tiga penyedia perkhidmatan internet utama itu tidak dapat mengakses laman sesawang berkenaan sejak Selasa. 

Semakan MalaysiaNow sendiri mengesahkan laman sesawangnya disekat, menimbulkan persoalan mengenai wujudnya penglibatan mereka yang mempunyai kuasa dalam menyekat akses ke atas laman sesawangnya. 

Portal itu juga sedang menunggu laporan daripada syarikat keselamatan siber global Cloudflare. 

“Walaupun kami lega kerana laman sesawang itu boleh diakses semula oleh rakyat Malaysia, kami tidak akan berhenti sehingga kami mengenal pasti punca di sebalik sekatan ini yang menjejaskan beberapa ISP utama. 

“Dalam dunia digital, segala-galanya boleh dijejaki dan kita akan tahu tidak lama lagi,” kata Pengarang MalaysiaNow Abdar Rahman Koya.

Fahmi, yang sekali lagi menerima kecaman minggu ini kerana mengancam orang ramai dengan tindakan pihak polis jika mereka “tidak menjaga kelakuan”, menafikan mengeluarkan sebarang arahan untuk menyekat mana-mana portal berita. 

Bagaimanapun ramai pengguna di media sosial menyifatkan kenyataan itu hanya sekadar mengelak daripada menjawab isu, memandangkan ketua penerangan PKR itu gemar mendiamkan media yang membawa kandungan yang tidak menguntungkan kerajaan.

Sekatan terhadap MalaysiaNow adalah kali pertama sejak 2016 membabitkan portal berita yang mempunyai akreditasi media tertakluk kepada larangan sistematik ke atas akses merentas beberapa ISP utama.

Pada 2016, portal berita The Malaysian Insider disekat selepas beberapa siri laporan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Laman sesawang itu ditutup beberapa minggu kemudian. 

Dalam pada itu, penafian Fahmi menimbulkan lebih banyak keraguan dalam kalangan aktivis dan pemerhati politik.

“Sekatan tidak mencerminkan keyakinan dan juga tidak seiring dengan demokrasi. 

“Pendekatan yang lebih baik ialah menyampaikan naratif alternatif dan melindungi kebebasan media,” kata penganalisis politik Bridget Welsh di Twitter.

Wan Saiful Wan Jan, menteri bayangan Perikatan Nasional bagi portfolio komunikasi dan digital, mengeluarkan kenyataan keras mengutuk sekatan MalaysiaNow, dan menggesa pemerhati antarabangsa berhenti mempercayai pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pentadbiran Anwar bukan sahaja tidak cekap, malah mereka juga menyalahgunakan agensi penguatkuasaan untuk menutup mulut pihak yang mendedahkan ketidakcekapan mereka,” kata ahli Parlimen Tasek Gelugor yang lantang itu. 

“Pemerhati, negara dan antarabangsa, seharusnya tahu sekarang bahawa Anwar dan pentadbirannya sangat jauh daripada imej reformis yang mereka pura-purakan itu.

“Kita harus sedar bahawa ini adalah watak sebenar Anwar. Dia pendendam, zalim, dan tidak cekap,” kata Wan Saiful, sambil menambah kemarahan Fahmi terhadap pihak yang membuat kenyataan anti kerajaan adalah gejala “sikap pentadbiran ini terhadap kebebasan bersuara”.

Kumpulan wartawan dan beberapa aktivis turut mengkritik sekatan itu, manakala ada yang memuat naik bukti MalaysiaNow disekat walaupun dinafikan oleh Fahmi. 

Gerakan Media Merdeka menggesa kementerian dan agensi di bawah Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tampil bersih, memetik penemuan pada alat sambungan dalam talian bahawa laman sesawang itu disekat melalui gangguan DNS. 

“Pengubahan DNS adalah kaedah biasa digunakan di Malaysia untuk menapis kandungan dalam talian yang ‘tidak diingini’ termasuk pornografi, perjudian dalam talian dan laman sesawang pengganas.

“Sebarang bentuk berita dalam talian atau pendapat yang sah dengan jelas tidak boleh dikenakan penapisan sedemikian,” kata kumpulan itu. 

Bekas pembantu kepada Muhyiddin Yassin, mempersendakan pengkritik yang mengutuk darurat Covid-19 yang dikenakan ketika pentadbiran bekas perdana menteri itu, dengan mengatakan akhbar bebas walaupun dalam tempoh itu.

“Zaman darurat pun kita tak buat kerja macam tu. Malaysiakini, Malaysia esok, Malaysia lusa pun bebas lapor apa-apa berita,” sindir Marzuki Mohamad. 

“Agaknya zaman sekarang ini dah terlebih daruratnya. Apa ke benda daruratnya pun tak tahulah. Boleh jadi darurat OPR naik, darurat tarif elektrik naik, darurat harga barang naik. Lemang pun dah RM20 sebatang.”

Seorang pengulas politik berkata MalaysiaNow mungkin menjadi sasaran kerana laporan terbarunya mengenai insiden semasa dialog Anwar dengan pelajar, di mana dia secara berseloroh meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan, menimbulkan kemarahan orang ramai.

Yaakob Osman turut merujuk kepada laporan portal berkenaan terhadap sesi secara langsung di TikTok Live Fahmi di mana ahli politik itu mengancam pengkritik kerajaan dengan tindakan pihak polis.

“Nasihat saya kepada MalaysiaNow elok lah membodek saja mereka di atas, itu yang mereka mahu.”

Sementara itu, wartawan berpengalaman Gobind Rudra berkata episod yang dihadapi oleh MalaysiaNow mendedahkan mereka yang memperjuangkan kebebasan media pada masa lalu, sambil menambah Fahmi gemar “membuli” semasa menggunakan media kerajaan “yang memberikan jenis perhambaan yang tidak senonoh dan masa siaran tanpa henti”. 

“Ia adalah jauh berbeza berbanding hari Anwar Ibrahim berdiri di hadapan lautan penyokong di Padang Esplanade dan mengisytiharkan bahawa apabila Pakatan Harapan menawan Putrajaya, kami akan membebaskan media. Hari berikutnya!” 

“Banyak hari-hari berikutnya telah datang dan pergi, Anwar. Dan satu-satunya perkara yang anda berikan kepada kami ialah Goebbels yang cerewet,” tulis Rudra di Facebook. 

Siri pendedahan politik

MalaysiaNow telah dilancarkan pada September 2020 oleh sekumpulan kecil wartawan berpengalaman daripada pelbagai portal dalam talian.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, portal berita itu berada di sebalik beberapa pendedahan politik.

Pada Oktober 2020, ia mendedahkan sepucuk surat kepada istana yang ditandatangani bersama oleh pemimpin Umno Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong usaha Anwar mengambil alih kerajaan ketika pandemik.

Pada November 2021, MalaysiaNow mendedahkan rancangan kerajaan untuk “menghadiahkan” Najib sebuah hartanah kediaman seluas 2.8 ekar bernilai RM100 juta di salah satu kawasan kejiranan paling eksklusif di Kuala Lumpur, satu tindakan yang mendapat bantahan daripada beberapa menteri Kabinet pada masa itu termasuk Khairy Jamaluddin dan Mohamed Azmin Ali.

Portal itu juga membocorkan perbualan telefon antara Zahid dan Anwar, yang menunjukkan bagaimana dua pemimpin itu merancang untuk menetapkan nada perhimpunan agung Umno dalam usaha memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional.

Tahun lepas, MalaysiaNow melaporkan keistimewaan yang diberikan kepada Anwar semasa dipenjarakan selama lebih 40 bulan atas kesalahan liwat, ketika perbahasan mengenai layanan istimewa terhadap Najib yang baru menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Laporan itu antara lain mengatakan ahli politik itu menghabiskan banyak masa di luar tembok penjara, dan dibenarkan menerima tetamu, perabot “tidak seperti penjara” dan perjalanan keluar masuk penjara yang tidak terkira banyaknya. 

Awal bulan ini, MalaysiaNow memetik sumber, yang berkata pakar maritim memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani perjanjian sempadan dengan Indonesia, menjelang lawatan Presiden Joko Widodo. 

Anwar sejak itu menafikan perjanjian itu adalah muktamad, meskipun kenyataan awal oleh Jokowi meraikan berakhirnya pertikaian maritim selama 18 tahun.

Sumber: MalaysiaNow

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending