Connect with us

Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending