Connect with us

Terkini

KKD akan panggil penyelia media sosial bincang isu iklan jelik

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terbabit.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan panggil beberapa penyedia aplikasi media sosial berbincang isu kandungan iklan jelik di platform yang terbabit.
  • Menterinya Fahmi Fadzil berkata ia bertujuan memberi penegasan mengenai iklan jelik seperti berbaur seksual yang tidak sepatutnya dimainkan di negara ini.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail di Dewan Negara yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan dalam menyekat kandungan iklan melampau di media terutamanya media sosial.
  • “Kebiasaannya iklan disajikan kepada kita adalah berdasarkan apa yang algoritma itu anggap kita suka tonton dan tengok. Contohnya, kalau kita suka tengok kereta, maka keretalah yang disajikan. Jadi saya ambil maklum isu ini,” katanya.
  • Fahmi berkata dalam tempoh 1 Oktober sehingga 15 November lalu, sebanyak 147 kandungan berunsur kebencian atau hate speech berkaitan konflik Palestin-Israel diturunkan dengan kerjasama penyedia platform media sosial.

Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil beberapa penyedia aplikasi media sosial bagi berbincang berhubung isu kandungan iklan jelik di platform yang terbabit.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata ia bertujuan memberi penegasan mengenai iklan jelik seperti berbaur seksual yang tidak sepatutnya dimainkan di negara ini.

“Kebiasaannya iklan disajikan kepada kita adalah berdasarkan apa yang algoritma itu anggap kita suka tonton dan tengok. Contohnya, kalau kita suka tengok kereta, maka keretalah yang disajikan. Jadi saya ambil maklum isu ini.

“Memang pelbagai platform media sosial ada algoritma sendiri, sebab itu isu algoritma ini adalah isu yang agak bermasalah dan ia boleh mengakibatkan satu bentuk sindrom terowong atau ruang gema,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail di Dewan Negara yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan dalam menyekat kandungan iklan melampau di media terutamanya media sosial.

Sementara itu, Fahmi berkata dalam tempoh 1 Oktober sehingga 15 November lalu, sebanyak 147 kandungan berunsur kebencian atau hate speech berkaitan konflik Palestin-Israel diturunkan dengan kerjasama penyedia platform media sosial.

Beliau berkata langkah itu akan diteruskan bagi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

“Dalam menangani dan mengekang kandungan radikal dan ekstremisme, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan sesi perbincangan bagi mendapatkan kerjasama daripada pihak penyedia platform media sosial antarabangsa.

“Ia bagi memastikan kandungan berunsur kebencian yang membabitkan isu konflik Palestin-Israel ini dapat diatasi dengan lebih baik,” katanya menjawab soalan asal Senator Noorita Sual yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengekang kandungan radikal dan ekstremisme khususnya konflik Palestin-Israel di media sosial.

Fahmi berkata usaha penerapan nilai keamanan di seluruh negara juga giat dilaksanakan menerusi media massa berpandukan Kod Kandungan yang memberikan panduan jelas berhubung standard kandungan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Beliau berkata Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai ejen penyampai maklumat rasmi juga sentiasa menyalurkan berita yang seimbang dan berobjektif.

Usaha itu katanya akan membantu menghindari penyebaran pandangan ekstrem serta menimbulkan kebencian dan panik dalam kalangan masyarakat, selari dengan hala tuju dan dasar semasa kerajaan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending