Connect with us

Terkini

Portal MalaysiaNow disekat

Sejak petang Selasa, laman sesawang MalaysiaNow di www.malaysianow.com tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pembaca.

Wartawan TMT

Published

on

Portal MalaysiaNow disekat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak petang Selasa, laman sesawang MalaysiaNow di www.malaysianow.com tidak dapat diakses sebahagian besar pembaca.
  • Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdar Rahman Koya berkata, siasatan pakar teknikal Malaysianow bagaimanapun tidak menunjukkan apa-apa aktiviti luar biasa terhadap server portal itu.
  • “Apa yang kami boleh katakan pada masa ini ialah sekurang-kurangnya pengguna dua rangkaian mudah alih – Celcom dan Maxis – tidak dapat mengakses laman sesawang kami.” – Abdar Rahman Koya
  • “Aduan kepada kedua-dua perkhidmatan itu dibalas dengan jaminan bahawa tidak ada apa-apa perubahan dibuat yang boleh menjejaskan pengguna melayari www.malaysianow.com.”
  • Pihaknya mendapati pengguna tidak mempunyai masalah untuk mencapai MalaysiaNow melalui perkhidmatan VPN, yang membolehkan akses kepada laman sesawang yang disekat.
  • “Ini bermakna, ada kemungkinan wujud satu cubaan di luar undang-undang bagi menyekat laman sesawang kami.”
  • Kata beliau, pembantu Menteri Komunikasi dan Digital turut mendakwa MalaysiaNow tidak disekat, sebaliknya berkata mereka sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, badan yang diberi kuasa untuk menyekat akses terhadap laman sesawang.

KUALA LUMPUR – Sejak petang Selasa, laman sesawang MalaysiaNow di www.malaysianow.com tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pembaca.

Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdar Rahman Koya berkata, siasatan pakar teknikal Malaysianow bagaimanapun tidak menunjukkan apa-apa aktiviti luar biasa terhadap server portal itu.

“Kami juga mendapati tiada sebarang serangan ke atas laman sesawang kami.

“Apa yang kami boleh katakan pada masa ini ialah sekurang-kurangnya pengguna dua rangkaian mudah alih – Celcom dan Maxis – tidak dapat mengakses laman sesawang kami.

“Aduan kepada kedua-dua perkhidmatan itu dibalas dengan jaminan bahawa tidak ada apa-apa perubahan dibuat yang boleh menjejaskan pengguna melayari www.malaysianow.com.

“Kami terus menerima pembaca dari luar Malaysia, namun jumlah biasa pembaca tempatan kami hampir separuh. Ini mungkin kerana pengguna Celcom dan Maxis tidak boleh mengakses laman kami,” kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah Abdar Rahman, pihaknya mendapati pengguna tidak mempunyai masalah untuk mencapai MalaysiaNow melalui perkhidmatan VPN, yang membolehkan akses kepada laman sesawang yang disekat.

“Ini bermakna, ada kemungkinan wujud satu cubaan di luar undang-undang bagi menyekat laman sesawang kami.

“Usaha untuk menghubungi Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tidak berjaya.

“Seorang pembantunya berulang kali memberitahu beliau “sibuk”,” ujarnya lagi.

Bahkan kata beliau, pembantu Menteri Komunikasi dan Digital itu turut mendakwa MalaysiaNow tidak disekat, sebaliknya berkata mereka sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, badan yang diberi kuasa untuk menyekat akses terhadap laman sesawang.

“Jawapan yang diberikan ini langsung tidak membantu.

“Buat masa ini, kami meminta pembaca yang tidak dapat mengakses MalaysiaNow untuk menggunakan pautan ini: https://tinyurl.com/4uexxmu4

Setelah meneliti masalah teknikal, kami akan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dalam masa terdekat.

”Kami ingin menyatakan hak kami mengambil apa-apa langkah yang dibenarkan undang-undang dalam menangani sebarang pelanggaran kuasa oleh mana-mana pihak yang mengakibatkan laman sesawang kami tidak dapat diakses,” jelas Abdar Rahman.

Sementara itu Gerakan Media Merdeka kesal dengan tindakan blok akses portal berita.

Tindakan itu tidak sejajar dengan amalan kebebasan media.

Dalam pada itu mengikut maklumat Portal berita Malaysia Now adalah tentang berita harian yang mempunyai implikasi, pandangan bernas dan wacana bermanfaat kepada anda.

Dibarisi pasukan kecil wartawan yang berpengalaman bersama portal berita dalam talian sejak beberapa tahun sebelum ini, kami menawarkan dimensi yang tidak disentuh dalam perbincangan hal ehwal semasa negara.

Disebabkan itu, kami tidak perlu bergantung kepada ahli politik, parti politik atau kumpulan yang mempunyai kepentingan.

Dari koridor kuasa ke warung kopi, kami rakamkan apa maknanya menjadi rakyat Malaysia, menawarkan kepada anda berita tentangnya kerana semua berita adalah penting.

Demi menyampaikan kisah-kisah warga secara menyeluruh, kami merakam kehidupan rakyat Malaysia, dari singgahsana kuasa sehinggalah ke warung kopi.

Sumber: Suara Merdeka

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending