Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Uttar Pradesh sekat produk import halal

Kerajaan negeri Uttar Pradesh di India menyekat produk import mempunyai tanda halal meliputi pengeluaran, penjualan, penyimpanan dan penghasilan berkuatkuasa serta merta, lapor NDTV.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Kerajaan negeri Uttar Pradesh di India menyekat produk import mempunyai tanda halal meliputi pengeluaran, penjualan, penyimpanan dan penghasilan berkuatkuasa serta merta, lapor NDTV.
  • Menerusi pekeliling rasmi dikeluarkan pada Sabtu lalu, sekatan itu melibatkan produk seperti tenusu, bahan bakeri minyak biji-bijian, minyak biji pudina, makanan ringan dan minyak masak.
  • Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti tersebut.
  • Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai kepada mana-mana produk eksport halal ke luar negara.

INDIA – Kerajaan negeri Uttar Pradesh di India menyekat produk import mempunyai tanda halal meliputi pengeluaran, penjualan, penyimpanan dan penghasilan berkuatkuasa serta merta, lapor NDTV.

Menerusi pekeliling rasmi dikeluarkan pada Sabtu lalu, sekatan itu melibatkan produk seperti tenusu, bahan bakeri minyak biji-bijian, minyak biji pudina, makanan ringan dan minyak masak.

Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Bagaimanapun, arahan itu tidak terpakai kepada mana-mana produk eksport halal ke luar negara.

Pekeliling itu berkata pensijilan halal bagi produk makanan adalah satu sistem selari yang mencipta kekeliruan berkaitan dengan kualiti item makanan dan tidak boleh dipertahankan di bawah Seksyen 89 Akta Keselamatan dan Standard Makanan.

“Hak untuk menentukan kualiti item makanan hanya terletak pada pihak berkuasa dan institusi yang diberikan dalam Seksyen 29 Akta tersebut, yang memeriksa piawaian berkaitan mengikut peruntukan Akta ini,” kata pekeliling itu.

Sekatan itu dibuat ekoran beberapa organisasi yang didakwa memanipulasi sentimen keagamaan terhadap orang ramai dengan menyediakan sijil halal palsu bagi meningkatkan jualan.

Advertisement

Antara organisasi itu termasuk Halal India Private Limited Chennai, Jamiat Ulama-i-Hind Halal Trust Delhi, Halal Council of India Mumbai dan Jamiat Ulama Maharashtra.

Menolak dakwaan itu, Jamiat Ulama-i- Hind menyatakan tuduhan dilemparkan itu tidak berasas dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya bagi menangani penyebaran maklumat palsu seperti itu.

“Kami mematuhi peraturan kerajaan, seperti ditekankan dalam pemberitahuan Kementerian Perdagangan & Industri, yang memerlukan semua badan pensijilan halal untuk didaftarkan oleh Lembaga Akreditasi Kebangsaan untuk Badan Pensijilan di bawah Majlis Kualiti India (NABCB), suatu pencapaian yang telah dikecapi organisasi ini,” katanya.

Sumber: NDTV, Business Today, Times of India

View this post on Instagram

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Advertisement

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending