Connect with us

Antarabangsa

Sekat bantuan ke Gaza, usaha sistematik pengganas zionis halau keluar rakyat Palestin – Jurucakap Menteri Luar Mesir

Tindakan berterusan penjajah Israel menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza adalah usaha sistematik negara pengganas itu untuk menghalau keluar penduduk Gaza dari semenanjung tersebut.

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tindakan berterusan penjajah Israel menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza adalah usaha sistematik negara pengganas itu untuk menghalau keluar penduduk Gaza dari semenanjung tersebut.
  • “Mesir menggembleng seluruh tenaga dalam usaha menghantar bantuan kepada Gaza menerusi sempadan Rafah, tetapi polisi Israel menyekat kemasukan bantuan adalah (satu usaha) sistematik, dengan tujuan menghalau keluar penduduk Palestin untuk meninggalkan Gaza menerusi pengeboman dan sekatan berterusan.” – Jurucakap Menteri Luar Mesir, Ahmed Abu Zeid

Tindakan berterusan penjajah Israel menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza adalah usaha sistematik negara pengganas itu untuk menghalau keluar penduduk Gaza dari semenanjung tersebut.

Jurucakap Menteri Luar Mesir, Ahmed Abu Zeid berkata demikian dalam ciapannya di platform X.

“Mesir menggembleng seluruh tenaga dalam usaha menghantar bantuan kepada Gaza menerusi sempadan Rafah, tetapi polisi Israel menyekat kemasukan bantuan adalah (satu usaha) sistematik, dengan tujuan menghalau keluar penduduk Palestin untuk meninggalkan Gaza menerusi pengeboman dan sekatan berterusan,” jelasnya di X.

Ahmed turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang terus berdiam dengan tidak menyuarakan dengan lantang pencabulan undang-undang yang dilakukan zionis selain memberi definisi yang tepat buat negara pengganas itu dalam setiap jenayah perang yang dilakukannya.

Sumber: X – Egypt MFS Spokesperson

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author