Connect with us

Terkini

Penambahan petugas tingkatkan kecekapan operasi HSI, HSA – MB Johor

Penambahan petugas kesihatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini meningkatkan kecekapan operasi wad sekali gus meringankan beban staf sedia ada.

Wartawan TMT

Published

on

Penambahan petugas tingkatkan kecekapan operasi HSI, HSA – MB Johor
Foto: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa meninjau pengoperasian di HSI.
  • Penambahan petugas kesihatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini meningkatkan kecekapan operasi wad sekali gus meringankan beban staf sedia ada.
  • Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata seramai 243 petugas kesihatan akan ditambah melibatkan pegawai perubatan dan jururawat di kedua-dua hospital itu selain dua wad di HSI yang ditutup sebelum ini telah kembali beroperasi semula.
  • “Sukacita saya maklumkan Wad 9A dan 10A di HSI yang ditutup sejak tahun lepas, telah kembali dibuka mulai Rabu lalu… untuk staf daripada Kementerian Kesihatan (KKM), 33 orang untuk minggu ini dan akan ada tambahan 60 lagi pada Julai untuk HSI, seramai 150 pula untuk HSA.
  • “Dengan penambahan tenaga kerja ini, ia akan meringankan beban staf sedia ada dan menambahkan kecekapan di wad-wad yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pengoperasian HSI di sini hari ini.

JOHOR BAHRU: Penambahan petugas kesihatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini meningkatkan kecekapan operasi wad sekali gus meringankan beban staf sedia ada.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata seramai 243 petugas kesihatan akan ditambah melibatkan pegawai perubatan dan jururawat di kedua-dua hospital itu selain dua wad di HSI yang ditutup sebelum ini telah kembali beroperasi semula.

“Sukacita saya maklumkan Wad 9A dan 10A di HSI yang ditutup sejak tahun lepas, telah kembali dibuka mulai Rabu lalu… untuk staf daripada Kementerian Kesihatan (KKM), 33 orang untuk minggu ini dan akan ada tambahan 60 lagi pada Julai untuk HSI, seramai 150 pula untuk HSA.

“Dengan penambahan tenaga kerja ini, ia akan meringankan beban staf sedia ada dan menambahkan kecekapan di wad-wad yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pengoperasian HSI di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon, Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad dan Pengarah HSI Dr Zuraini Zainal.

Onn Hafiz turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada pucuk pimpinan peringkat Persekutuan terutama KKM, Menterinya Dr Zaliha Mustafa dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah meluluskan penambahan petugas kesihatan di negeri ini.

Beliau berkata bagi menambah baik perkhidmatan HSI, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi penambahan parkir kenderaan awam, selain RM100,000 untuk pembelian peralatan termasuk kerusi dan meja demi keselesaan petugas kesihatan dan pesakit.

Menurut Onn Hafiz, Dr Zaliha dijadual melawat hospital di negeri ini pada Ahad ini dan antara perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan projek pembinaan HSA2 yang amat diperlukan di Johor.

“Kita harapkan perkara ini dapat diselesaikan segera kerana Johor ini menjadi pusat (kesihatan) bukan sahaja untuk pesakit dari negeri ini, malah kita terima pesakit dari seluruh negara termasuk Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ini merupakan gabungan kerjasama yang baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya percaya dengan kepimpinan peringkat negeri dan kerjasama dengan peringkat Persekutuan, apa yang kita hasratkan ini boleh tercapai,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending