Connect with us

Antarabangsa

Gereja jadi mangsa vandalisme LGBT selepas bendera Pride dialih keluar

Gereja Massachusetts berdepan vandalisme selepas prasekolah yang menyewa ruang di gereja itu menyiarkan dalam talian tentang bendera Pride komuniti LGBT yang dipaparkan mereka dialih keluar ahli gereja, lapor Christian Post.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gereja jadi mangsa vandalisme LGBT selepas bendera Pride dialih keluar
Foto: Gambar Gereja Massachusetts yang mengalami vandalisme.
  • Gereja Massachusetts berdepan vandalisme selepas prasekolah yang menyewa ruang di gereja itu menyiarkan dalam talian tentang bendera Pride komuniti LGBT yang dipaparkan mereka dialih keluar ahli gereja, lapor Christian Post.
  • Prasekolah Pleasant Street Preschool itu dimiliki seorang gay, Mike Richmond bersama pasangannya, yang menyewa ruang di Grace Community Church of Marblehead.
  • Richmond baru-baru ini mengibarkan bendera Pride di kawasan gereja untuk meraikan ‘Pride Month’, bagaimanapun sepasang suami isteri didakwa menurunkan bendera kelompok songsang  itu.
  • Grafiti yang diconteng di gereja itu memaparkan lukisan semburan berwarna pelangi dengan frasa “stay gay stay hard” dan “love is 4 everyone” dilukis bersebelahannya.

Gereja Massachusetts berdepan vandalisme selepas prasekolah yang menyewa ruang di gereja itu menyiarkan dalam talian tentang bendera Pride komuniti LGBT yang dipaparkan mereka dialih keluar ahli gereja, lapor Christian Post.

Prasekolah Pleasant Street Preschool itu dimiliki seorang gay, Mike Richmond bersama pasangannya, yang menyewa ruang di Grace Community Church of Marblehead.

Richmond baru-baru ini mengibarkan bendera Pride di kawasan gereja untuk meraikan ‘Pride Month’, bagaimanapun sepasang suami isteri didakwa menurunkan bendera kelompok songsang  itu.

Jabatan Polis Marblehead pada Jumaat lalu mengumumkan Gereja Komuniti Grace, yang mulai dibuka pada 1810 sebagai gereja Baptist, kini terbuka untuk mana-mana mahzab, dirosakkan dengan grafiti bertema LGBT dalam insiden berkemungkinan berlaku pada petang Khamis.

“Kandungan grafiti berkemungkinan besar menyatakan sokongan kepada komuniti LGBTQ+,” kata pihak berkuasa, menekankan ahli komuniti LGBTQ+ Marblehead menawar diri untuk membayar dan membersihkan kerosakan itu.

“Vandalisme tidak akan diterima dan mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan ini atau sebarang tindakan pada masa depan, perlu bertanggungjawab jika dikenal pasti.

“Saya tahu ketegangan tinggi apabila berlaku penyingkiran bendera Pride di gereja. Tetapi orang ramai perlu memudahkan urusan supaya sebarang pertikaian antara gereja dan penyewa dapat diselesaikan,” kata Ketua Polis Marblehead, Dennis King dalam satu kenyataan.

Grafiti yang diconteng di gereja itu memaparkan lukisan semburan berwarna pelangi dengan frasa “stay gay stay hard” dan “love is 4 everyone” yang dilukis bersebelahannya. 

Kepimpinan gereja dalam kenyataan di The Marblehead Current yang diterbitkan pada 18 Jun lalu menjelaskan ahli gereja mengalihkan bendera Pride kerana enggan terlibat dalam aktivisme politik.

Sumber : Christian Post 

Author