Connect with us

Antarabangsa

Gadis saman hospital bedah payudaranya, dakwa dirinya dipengaruhi doktor

Seorang gadis California menyaman hospital yang membedah buang payudaranya ketika dia berumur 13 tahun, mendakwa keputusan pembedahan itu adalah atas dorongan doktornya.

Wartawan TMT

Published

on

Gadis saman hospital bedah payudaranya, dakwa dirinya dipengaruhi doktor
Foto: Gadis California yang menyaman hospital, Kayla Lovdahl.
  • Seorang gadis California menyaman hospital yang membedah buang payudaranya ketika dia berumur 13 tahun, mendakwa keputusan pembedahan itu adalah atas dorongan doktornya.
  • Kayla Lovdahl, kini berusia 18 tahun, berkata dia menjalani pembedahan itu selepas didesak untuk ‘melayan’ rancangan pakar perubatan ketika dia baru berumur 11 tahun.
  • Tuntutan mahkamah oleh Kayla itu difailkan terhadap Hospital Kaiser Foundation dan empat doktor terlibat.
  • Berdasarkan tuntutan itu, ketika berusia 12 tahun, Kayla mendakwa diberikan penghalang perkembangan seksual dan testosteron tanpa penilaian psikologi yang sepatutnya.
  • Kayla mendakwa, pada usia 11 tahun, dia didedahkan kepada pemengaruh trans online yang menyebabkan dia percaya dirinya adalah transgender.

Seorang gadis California menyaman hospital yang membedah buang payudaranya ketika dia berumur 13 tahun, mendakwa keputusan pembedahan itu adalah atas dorongan doktornya.

Kayla Lovdahl, kini berusia 18 tahun, berkata dia menjalani pembedahan itu selepas didesak untuk ‘melayan’ rancangan pakar perubatan ketika dia baru berumur 11 tahun.

Foto: Kayla Lovdahl ketika berusia 11 tahun.

Tuntutan mahkamah oleh Kayla itu difailkan terhadap Hospital Kaiser Foundation dan empat doktor terlibat.

Mereka didakwa menyerahkan kepadanya kertas preskripsi dan membiarkan dirinya ketika itu yang belum matang dan naif dengan emosi berkecamuk menentukan sendiri apa mahu diterima sebagai rawatan.

Berdasarkan tuntutan itu juga, ketika berusia 12 tahun, Kayla mendakwa dia diberikan penghalang perkembangan seksual dan testosteron tanpa penilaian psikologi yang sepatutnya.

Dalam kerisauan terhadap pembedahan itu, doktor-doktor Kayla didakwa memberitahu ibu bapanya, “lebih baik ada anak lelaki yang hidup daripada anak perempuan yang mati.”

Kayla mendakwa, pada usia 11 tahun, dia didedahkan kepada pemengaruh trans online yang menyebabkan dia percaya dirinya adalah transgender.

Dalam satu kenyataan, peguamnya mengkritik prosedur yang mereka jalankan sebagai satu bentuk ‘kezaliman terhadap kanak-kanak yang tidak masuk akal’.

Peguam, Charles Limandri berkata, “kami percaya kes-kes seperti ini merupakan pendekatan terbaik menghentikan mereka, terutama di negeri-negeri liberal seperti California, di mana ideologi yang tidak bertanggungjawab mendorong agenda radikal seperti ini”.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending