Connect with us

Terkini

Dua ahli keluarga Hawari ke Nepal semalam

Dua ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim telah berlepas ke Kathmandu, Nepal, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Dua ahli keluarga Hawari ke Nepal semalam
Foto: Azhar Ilias (kanan) dan Mohamad Ismail berlepas ke Kathmandu untuk mengikut perkembangan SAR Muhammad Hawari.
  • Dua ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim telah berlepas ke Kathmandu, Nepal, semalam.
  • Mohamad Ismail, 28, yang juga adik bongsu adik Muhammad Hawari berlepas pada 8 malam bersama abang ipar, Azhar Ilias, 35, selain, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) Haryany Mohamad.
  • Azhar yang juga penjawat awam di Pulau Pinang berkata, dia menemani Mohamad Ismail, seorang OKU pendengaran, bagi menghadiri sidang media khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari.
  • Katanya, sehingga kini keluarga mereka masih berharap Muhammad Hawari selamat dan ditemui semula.
  • “Tujuan kami ke sana bagi mendapatkan perkembangan lebih dekat dan jelas berhubung status operasi SAR Hawari,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sepang: Dua ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim telah berlepas ke Kathmandu, Nepal, semalam.

Mohamad Ismail, 28, yang juga adik bongsu adik Muhammad Hawari berlepas pada 8 malam bersama abang ipar, Azhar Ilias, 35, selain, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) Haryany Mohamad.

Azhar yang juga penjawat awam di Pulau Pinang berkata, dia menemani Mohamad Ismail, seorang OKU pendengaran, bagi menghadiri sidang media khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari.

Katanya, sehingga kini keluarga mereka masih berharap Muhammad Hawari selamat dan ditemui semula.

“Tujuan kami ke sana bagi mendapatkan perkembangan lebih dekat dan jelas berhubung status operasi SAR Hawari.

“Kami bersedia menerima sebarang kemungkinan selepas operasi SAR ditamatkan pada Selasa,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Operasi SAR Muhammad Hawari menggunakan dua dron teknologi tinggi yang bermula Sabtu lalu ditamatkan sehari lebih awal selepas dron itu bermasalah untuk menghantar gambar dan video.

Azhar berkata, sejak kehilangan Muhammad Hawari, mereka sekeluarga dimaklum perkembangan operasi menerusi sekretariat ME2023 dan reda dengan sebarang perkara yang berlaku di luar dugaan kerana semuanya ketentuan Ilahi.

“Kehadiran wakil keluarga ini akan dapat maklumat lengkap dan gambaran sebenar berhubung operasi SAR,” katanya.

Sumber: Harian Metro 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending