Connect with us

Terkini

Dron bermasalah, operasi SAR Hawari ditamatkan sehari awal

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lalu ditamatkan semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Dron bermasalah, operasi SAR Hawari ditamatkan sehari awal
Foto: Muhammad Hawari Hashim.
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lalu ditamatkan semalam.
  • Pengurus pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharudin dalam kenyataan semalam memaklumkan beliau menerima maklumat daripada ketua misi itu, Azim Afif Ishak bahawa dron yang digunakan bagi operasi SAR berdepan masalah untuk menerima gambar dan video yang dirakam.
  • “Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor cuaca sejuk menyebabkan dron berkenaan sukar untuk berfungsi dengan baik selepas tiga hari berturut-turut digunakan untuk operasi SAR,” katanya.
  • Selain masalah dron, Ayu Wanirah berkata pasukan operasi SAR turut bergelut dengan syarikat pengendali helikopter dilantik apabila ia memanggil balik juruterbang untuk pulang ke negara asalnya di Jerman.

Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lalu ditamatkan semalam.

Pengurus pasukan ME2023, Ayu Wanirah Naharudin dalam kenyataan semalam memaklumkan beliau menerima maklumat daripada ketua misi itu, Azim Afif Ishak bahawa dron yang digunakan bagi operasi SAR berdepan masalah untuk menerima gambar dan video yang dirakam.

“Masalah ini mungkin berpunca daripada faktor cuaca sejuk menyebabkan dron berkenaan sukar untuk berfungsi dengan baik selepas tiga hari berturut-turut digunakan untuk operasi SAR,” katanya.

Ayu Wanirah berkata ketika ini, beliau bersama seorang lagi pendaki ME2023 iaitu Tiong Ling Yang sudah berada di Kathmandu, Nepal untuk meneliti gambar dan video yang dihantar sebelum ini.

“Kami akan terus meneliti gambar dan video yang dirakam, sekiranya mendapat petunjuk baharu, kami akan mendapatkan nasihat pihak berkuasa Nepal dan Kedutaan Malaysia di Nepal,” katanya.

Selain masalah dron, Ayu Wanirah berkata pasukan operasi SAR turut bergelut dengan syarikat pengendali helikopter dilantik apabila ia memanggil balik juruterbang untuk pulang ke negara asalnya di Jerman.

“Ia sekali gus menyukarkan mereka untuk meneruskan operasi SAR yang berbaki lagi sehari namun terpaksa akur dengan arahan atas faktor keselamatan,” katanya.

Operasi SAR itu menyaksikan dua dron digunakan iaitu jenis DJI Matrice 300 RTK dan DJI Mavic 3 yang diterbangkan khas dari Malaysia.

Operasi SAR Muhammad Hawari memasuki hari ke 19 selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehari sebelum itu pada 3.30 petang waktu Nepal, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.

ME2023 sebelum ini turut mengadakan operasi SAR darat menggunakan khidmat dan kepakaran malim gunung serta pencarian melalui udara menggunakan helikopter.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending