Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Kathmandu tolak permohonan pendaftaran perkahwinan pasangan gay

Mahkamah Daerah Kathmandu pada Khamis menolak permohonan pendaftaran perkahwinan yang difailkan pasangan gay walaupun Mahkamah Agung Nepal menghalalkan perkahwinan sejenis di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Kathmandu tolak permohonan pendaftaran perkahwinan pasangan gay
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Daerah Kathmandu pada Khamis menolak permohonan pendaftaran perkahwinan yang difailkan pasangan gay walaupun Mahkamah Agung Nepal menghalalkan perkahwinan sejenis di negara itu.
  • Menurut laporan Deccan Herald, Maya Gurung, 38, dan Surendra Pandey, 27, kedua-duanya dilahirkan lelaki dan telah memohon kebenaran mahkamah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. 
  • Bagaimanapun, panel tunggal hakim mahkamah daerah, Madhav Prasad Mainali menolak permohonan itu atas alasan kedua-dua pemohon adalah daripada jantina sama.

Mahkamah Daerah Kathmandu pada Khamis menolak permohonan pendaftaran perkahwinan yang difailkan pasangan gay walaupun Mahkamah Agung Nepal menghalalkan perkahwinan sejenis di negara itu.

Menurut laporan Deccan Herald, Maya Gurung, 38, dan Surendra Pandey, 27, kedua-duanya dilahirkan lelaki, memohon kebenaran mahkamah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. 

Bagaimanapun, panel tunggal hakim mahkamah daerah, Madhav Prasad Mainali menolak permohonan itu atas alasan kedua-dua pemohon adalah daripada jantina sama.

“Mahkamah Agung (Nepal) telah mengeluarkan perintah sementara untuk mendaftarkan perkahwinan sejenis. Tetapi malangnya, Mahkamah Daerah Kathmandu menolak permohonan ahli komuniti minoriti seksual,” kata seorang aktivis terkemuka komuniti minoriti seksual dan jantina, Sunil Babu Panta.

Dia mendakwa tindakan mahkamah itu bukan sahaja memberi tamparan kepada komuniti minoriti seksual, tetapi tidak menghormati perintah Mahkamah Agung Nepal.

Pada 28 Jun lalu, Mahkamah Agung Nepal menghalalkan perkahwinan sejenis, bagaimanapun negara itu masih belum menggubal undang-undang untuk pendaftaran perkahwinan sejenis. 

Mahkamah tertinggi di Nepal itu juga meluluskan perintah sementara meminta pihak berkuasa membuat peraturan sementara untuk mendaftarkan perkahwinan sejenis sebelum undang-undang khusus digubal.

Sumber: Deccan Herald

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending