Connect with us

Terkini

Dewan Negara lulus dua RUU pemansuhan kesalahan cubaan bunuh diri

Dua rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan di Dewan Negara, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Dewan Negara lulus dua RUU pemansuhan kesalahan cubaan bunuh diri
Foto: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
  • Dua rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan di Dewan Negara.
  • Rang undang-undang berkenaan ialah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2023 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2023.
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, menggulung perbahasan kedua-dua rang undang-undang berkenaan berunsurkan pencegahan kes bunuh diri, selepas dibahas oleh senator.
  • “Keutamaan dalam pindaan ini adalah untuk memulihkan seorang yang berfikir untuk mengambil nyawanya sendiri,” katanya.

KUALA LUMPUR: Dua rang undang-undang berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri diluluskan di Dewan Negara, semalam.

Rang undang-undang berkenaan ialah Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2023 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2023.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, menggulung perbahasan bagi kedua-dua rang undang-undang berkenaan yang berunsurkan pencegahan kes bunuh diri, selepas dibahas oleh senator.

Rang Undang-Undang berkenaan dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pada 4 April lalu dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 22 Mei lalu.

Dalam penggulungannya bagi perbahasan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023, Ramkarpal berkata, ada beberapa peruntukan mewajibkan seseorang yang cuba membunuh diri dibawa ke fasiliti perubatan untuk mendapatkan rawatan.

“Keutamaan dalam pindaan ini adalah untuk memulihkan seorang yang berfikir untuk mengambil nyawanya sendiri.

“Ini juga akan mengambil masa yang lama oleh kerana terdapat proses dari segi psikologi dan sebagainya untuk memulihkan orang berkenaan,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, perbahasan bagi satu lagi rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 bersambung hari ini.

Azalina sebelum ini berkata, rang undang-undang pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri membabitkan empat dasar, antaranya mengekalkan kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah seksyen-seksyen 305 dan 306 Kanun Keseksaan.

Ini dengan memasukkan persubahatan perlakuan percubaan bunuh diri oleh mana-mana orang sebagai kesalahan jenayah dan seterusnya dibezakan berdasarkan kategori orang yang dihasut untuk melakukan tindakan berkaitan.

Dasar lain bertujuan mewujudkan pegawai intervensi krisis dan memberi kuasa penangkapan kepada pegawai berkenaan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615).

Kerajaan juga mencadangkan moratorium terhadap pelaksanaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan sehingga pemansuhan seksyen itu selesai dilaksanakan dan diwartakan dengan sewajarnya.

Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending