Connect with us

Terkini

Pembaharuan bandar perlu dilakukan, tetapi bukan dengan keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu perancangan pembaharuan bandar Singapura boleh dijadikan sebagai contoh apabila negara jiran kita itu mengambil alih semua kampung-kampung Melayu dan membangunkan pangsapuri mewah.
  • Tindakan itu menyebabkan penduduk kampung diagihkan di antara pangsapuri di tempat-tempat lain secara berkecamuk di mana orang kampung Melayu tidak lagi hidup bersama dan ditenggelamkan ke dalam perumahan majoriti bukan Melayu yang sekali gus menyaksikan kuasa politik kaum itu terjejas.
  • “Perkara yang sama akan berlaku jika contoh Singapura ini ditiru. Jumlah orang Melayu dalam bandar akan kurang dan pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu di negara ini akan jadi lebih luas.
  • “Dengan orang Melayu hidup terpencil di luar bandar segala kemudahan bandar akan terus tidak dinikmati oleh mereka dan perpaduan kaum tidak akan berlaku,” kata Dr Mahathir menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa pembaharuan bandar perlu dilakukan, namun ia bukan dengan cara mengeluarkan orang Melayu dari bandar.

Menurut beliau dalam isu perancangan pembaharuan bandar Singapura boleh dijadikan sebagai contoh apabila negara jiran kita itu mengambil alih semua kampung-kampung Melayu dan membangunkan pangsapuri mewah.

Tindakan itu katanya telah menyebabkan penduduk kampung diagihkan di antara pangsapuri di tempat-tempat lain secara berkecamuk di mana orang kampung Melayu tidak lagi hidup bersama dan ditenggelamkan ke dalam perumahan majoriti bukan Melayu yang sekali gus menyaksikan kuasa politik kaum itu terjejas.

“Perkara yang sama akan berlaku jika contoh Singapura ini ditiru. Jumlah orang Melayu dalam bandar akan kurang dan pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu di negara ini akan jadi lebih luas. 

“Dengan orang Melayu hidup terpencil di luar bandar segala kemudahan bandar akan terus tidak dinikmati oleh mereka dan perpaduan kaum tidak akan berlaku,” kata Dr Mahathir menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Kenyataan itu dilihat dikeluarkan ditengah-tengah kontroversi isu Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai tahun ini.

RUU tersebut sebelum ini dilaporkan dibantah segelintir pihak, antaranya kerana dilihat akan mengancam hak milik hartanah rakyat dan berpotensi meminggirkan kelompok berpendapatan rendah apabila penurunan ambang persetujuan daripada 100 peratus kepada 80 atau 75 peratus yang memberikan kuasa kepada pemaju dan kerajaan.

Ia juga didakwa sebagai satu usaha untuk menghalau Melayu dari tinggal di bandar dengan digantikan pihak lain berikutan Melayu tidak akan mampu membeli rumah-rumah yang bakal dibina nanti.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata bandar-bandar lama di semua negara tetap memiliki kawasan yang buruk, dipenuhi setinggan dan orang miskin begitu juga situasinya dengan Kuala Lumpur dan kebanyakan bandar di Malaysia.

Beliau tidak menafikan bahawa kebiasaanya kawasan setinggan dan miskin itu yang sudah menjadi buruk dan hodoh perlu dibaharui.

“Di Kuala Lumpur penduduk kawasan-kawasan ini majoriti adalah orang Melayu… Untuk membaharui kawasan ini yang perlu keluar majoriti adalah Melayu.

 “Apabila penduduk miskin dikeluarkan, pembaharuan tentu jenis yang mewah. Si miskin tidak mampu sewa atau beli flat yang harganya tinggi, maka berkuranglah penduduk Melayu dalam bandar. Usaha Tun Razak untuk perbanyakkan orang Melayu dalam bandar akan terhapus. Bandar akan jadi tempat orang bukan Melayu.

“Pembaharuan bandar perlu dilakukan tetapi caranya bukanlah dengan mengeluarkan orang Melayu dari bandar,” katanya. — The Merdeka Times

Author