Terkini
Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Indomie Perisa Ayam Spesial selamat dimakan – KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial yang sebelum ini dikesan mengandungi ethylene oxide mematuhi perundangan ditetapkan dan serta selamat untuk dimakan.
- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial yang sebelum ini dikesan mengandungi ethylene oxide mematuhi perundangan ditetapkan dan serta selamat untuk dimakan.
- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, analisa makmal dijalankan ke atas sampel dua produk mi segera berkenaan.
- “Bagi makanan yang diimport, KKM melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko.
- “Bagi pemeriksaan tahap lima iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan itu.
- Pada 26 April lalu, KKM mengarahkan produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial ditarik balik penjualannya dari pasaran.
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial yang sebelum ini dikesan mengandungi ethylene oxide mematuhi perundangan ditetapkan dan serta selamat untuk dimakan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, analisa makmal dijalankan ke atas sampel dua produk mi segera berkenaan.
“Bagi makanan yang diimport, KKM melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko.
“Bagi pemeriksaan tahap lima iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu,” kata kenyataan itu.
Katanya, bagi tempoh 2022 hingga April 2023, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL dijalankan dan daripada jumlah itu, 37 atau 11.67 peratus adalah pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide.
Katanya, produk makanan yang mematuhi standard sahaja yang dilepaskan untuk pasaran Malaysia.
“Bagi mana-mana produk yang didapati tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, KKM bekerjasama dengan syarikat yang terbabit untuk memastikan semua produk yang berkenaan ditarik balik daripada pasaran,” katanya.
Beliau turut menegaskan, produk yang berada di pasaran tempatan melalui prosedur yang ditetapkan dan selamat.
Katanya, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh berhubung terus dengan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau berurusan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.
Pada 26 April lalu, KKM mengarahkan produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial ditarik balik penjualannya dari pasaran.
Ia susulan Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mendapati terdapat ethylene oxide dalam kedua-dua produk mi segera terbabit.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama
Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
- Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
- Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
- “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
- “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
- “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
- Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.
Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.
Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.
“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya