Antarabangsa
Imran Khan dibenar ikat jamin
Mahkamah semalam membenarkan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, diikat jamin atas pertuduhan baharu bersubahat dengan penyokongnya melakukan keganasan terhadap tentera.

- Mahkamah semalam membenarkan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, diikat jamin atas pertuduhan baharu bersubahat dengan penyokongnya melakukan keganasan terhadap tentera.
- Tindakan itu dibuat selepas penyokong Imran membantah penahanan beliau pada 9 Mei akibat kes rasuah.
- Peguamnya, Intezar Hussain Punjotha, berkata Khan, 70, kemudiannya dibebaskan atas perintah mahkamah.
- Beliau berkata, mahkamah antikeganasan mengesahkan jaminan atas pertuduhan baharu itu selepas bekas perdana menteri terbabit hadir dan mengemukakan bon penjamin.
LAHORE: Mahkamah semalam membenarkan bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, diikat jamin atas pertuduhan baharu bersubahat dengan penyokongnya melakukan keganasan terhadap tentera.
Tindakan itu dibuat selepas penyokong Imran membantah penahanan beliau pada 9 Mei akibat kes rasuah.
Peguamnya, Intezar Hussain Punjotha, berkata Khan, 70, kemudiannya dibebaskan atas perintah mahkamah.
Beliau berkata, mahkamah antikeganasan mengesahkan jaminan atas pertuduhan baharu itu selepas bekas perdana menteri terbabit hadir dan mengemukakan bon penjamin.
Imran menafikan pertuduhan dengan mengatakan beliau berada dalam tahanan ketika keganasan berlaku.
Ikat jamin diberikan mahkamah adalah sehingga 2 Jun atas pertuduhan baharu berkenaan.
Imran yang menyatakan tuduhan rasuah itu sengaja dicipta sebelum ini, terbabit dalam pertembungan dengan tentera yang berkuasa terhadap pemerintahan Pakistan.
Penahanannya pada 9 Mei lalu mencetuskan bantahan meluas oleh penyokongnya yang bertindak menggeledah pelbagai kemudahan ketenteraan.
Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu berhubung kestabilan negara bersenjata nuklear itu ketika ia bergelut dengan krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad.
Bekas bintang kriket antarabangsa itu menjadi perdana menteri pada 2018 dengan sokongan tentera secara diam-diam, walaupun kedua-dua pihak menafikannya ketika itu.
Beliau kemudiannya dijatuhkan jeneral dan digulingkan sebagai perdana menteri selepas kehilangan undi percaya pada 2022.
Sejak itu, Imran berkempen untuk pilihan raya mengejut, dengan perhimpunan bersama penyokongnya di seluruh negara, namun perdana menteri baharu, Shahbaz Sharif, menolak gesaan untuk pilihan raya sebelum ia ditetapkan hujung tahun ini.
Pergolakan itu memburukkan lagi krisis ekonomi Pakistan dengan inflasi dicatatkan pada paras tertinggi, selain wujudnya kebimbangan hutang luar negeri dilakukan kerajaan melainkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) membolehkan pinjaman tertunda.
Puluhan penyokong Imran diserahkan kepada pihak berkuasa tentera untuk dibicarakan di mahkamah tentera.
Pihak berkuasa yang menyiasat keganasan pada 9 Mei lalu memanggil Imran untuk disoal siasat namun menurut Punjotha, salah seorang ahli pasukan peguamnya akan mewakili beliau.
Imran sebelum ini merayu rundingan untuk menamatkan krisis namun kerajaan menolak gesaannya. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas