Connect with us

Terkini

Cadang tubuh pusat mediasi selesai pertikaian Islam, bukan Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan satu pusat media di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan orang Islam dan bukan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Cadang tubuh pusat mediasi selesai pertikaian Islam, bukan Islam
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan satu pusat media di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan orang Islam dan bukan Islam.
  • Beliau berkata proses mediasi itu adalah berbentuk tidak formal dan memerlukan satu platform bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membantu pihak yang terbabit selain daripada konteks mahkamah.
  • “Hal ini kerana melibatkan pertikaian antara orang Islam dan bukan Islam iaitu bapa yang bukan Islam dan ibu serta anak beragama Islam, tanpa memprejudiskan mana-mana pihak… selain membabitkan dua mahkamah berbeza iaitu sivil dan syariah.
  • “Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil peluang ini hingga menyebabkan berlaku perseteruan serta ketidaktenteraman. Kita mahu lahirkan masyarakat bersatu padu dan saling memahami,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan al-Quran terbaharu terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-40 di sini semalam.

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan satu pusat media di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan orang Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata proses mediasi itu adalah berbentuk tidak formal dan memerlukan satu platform bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membantu pihak yang terbabit selain daripada konteks mahkamah.

“Hal ini kerana melibatkan pertikaian antara orang Islam dan bukan Islam iaitu bapa yang bukan Islam dan ibu serta anak beragama Islam, tanpa memprejudiskan mana-mana pihak… selain membabitkan dua mahkamah berbeza iaitu sivil dan syariah.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil peluang ini hingga menyebabkan berlaku perseteruan serta ketidaktenteraman. Kita mahu lahirkan masyarakat bersatu padu dan saling memahami,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan al-Quran terbaharu terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-40 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kes perebutan hak penjagaan anak selepas video rakaman yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan seorang ibu dan anak berusia sembilan tahun terpaksa berpisah setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan hak penjagaan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya.

Difahamkan kanak-kanak itu merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang telah bercerai dan dijaga ibunya yang telah memeluk Islam namun menjadi mangsa perebutan hak jagaan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada Khamis lepas memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya yang bukan beragama Islam menerusi perintah habeas corpus.

Advertisement

Mohd Na’im bagaimanapun berkata penubuhan pusat mediasi itu masih memerlukan kajian lanjut oleh pihak berwajib agar ia boleh dilaksanakan sama ada di bawah mahkamah sivil atau sebaliknya.

“Apa yang paling penting pengantara yang dilantik dalam proses mediasi itu mestilah terdiri daripada gabungan pakar undang-undang syariah, pakar undang-undang sivil dan pakar kanak-kanak. Saya yakin dengan cara informal ini dapat menyelesaikan masalah secara adil serta kepentingan kanak-kanak tersebut dijaga,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai video ajaran sesat didakwa melibatkan sebuah sekolah pondok atau pesantren di negara jiran yang tular di media sosial, Mohd Na’im berkata satu jawatankuasa pakar syariah akan dibentuk secepat mungkin oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk mengkaji pesantren itu.

“Kajian ini akan dibawa kepada jawatankuasa muzakarah dan seterusnya jawatankuasa ini akan bersidang dan membuat keputusan. Satu cadangan akan diserahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk memutuskannya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan satu majlis agama berunsurkan ajaran sesat di sebuah pesantren di negara jiran yang menyanjung Israel dan didakwa turut disertai ramai rakyat Malaysia sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warganet. 

Sumber: Bernama

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending