Connect with us

Terkini

Aman Palestin gesa Muslim tolak solusi dua negara Israel-Palestin

Masyarakat Islam di seluruh dunia digesa menolak normalisasi hubungan dengan negara haram Israel – termasuk model penyelesaian dua negara dalam isu pertikaian antara dua wilayah berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

Aman Palestin gesa muslim tolak solusi dua negara Israel-Palestin
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin , Awang Suffian Awang Piut (tengah) dan Pengurus Jabatan Media Aman Palestin, Ismail Muhammad Juffri (kiri).
  • Masyarakat Islam di seluruh dunia digesa menolak normalisasi hubungan dengan negara haram Israel – termasuk model penyelesaian dua negara dalam isu pertikaian antara dua wilayah berkenaan.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, semua rakyat di khususnya di negara ini, Indonesia dan Nusantara perlu konsisten memberi sokongan padu terhadap rakyat Palestin.
  • Segala usaha yang boleh membawa kepada pengembalian hak rakyat Palestin dan pembebasan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis wajar disokong, katanya

BANGI, 26 Syawal 1444H, Rabu – Masyarakat Islam di seluruh dunia digesa menolak normalisasi hubungan dengan negara haram Israel – termasuk model penyelesaian dua negara dalam isu pertikaian antara dua wilayah berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, semua rakyat di khususnya di negara ini, Indonesia dan Nusantara perlu konsisten memberi sokongan padu terhadap rakyat Palestin.

Segala usaha yang boleh membawa kepada pengembalian hak rakyat Palestin dan pembebasan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis wajar disokong, katanya.

“Sejak 75 tahun lalu, rejim Zionis telah melakukan pelbagai kekejaman, keganasan, peperangan dan perancangan tipu helah supaya mereka dapat berkuasa terhadap keseluruhan Palestin.

“Rejim itu juga bertanggungjawab terhadap penderitaan jutaan pelarian dalam dan luar Palestin.

“Mereka dipaksa keluar dari tempat tinggal dan dinafikan hak kerakyatan sejak 1948,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Aidilfitri Aman Palestin, hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Awang Suffian berkata, sikap kejam rejim Zionis tidak berkesudahan apabila penduduk Palestin yang tidak bersalah terus menjadi mangsa dalam pertempuran baru-baru ini.

Katanya, dalam peperangan yang dipanggil Tsa’rul Ahrar, turut memusnahkan kira-kira 940 kediaman, harta benda dan infrastruktur penduduk Gaza yang berlaku ketika sambutan ulang tahun Nakbah bagi memperingati hari pembunuhan beramai-ramai oleh rejim pengganas.

“Dalam pertempuran antara rejim Zionis yang yang berlarutan lima hari sejak Selasa lalu menyebabkan 33 terkorban termasuk tujuh kanak-kanak dan empat wanita selain 147 yang lain dilaporkan cedera,” katanya.

Situasi berkenaan telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Semananjung Gaza.

Justeru, katanya Gaza kini berdepan keadaan sukar kesan kekejaman daripada serangan rejim Zionis walaupun gencatan senjata.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending