Connect with us

Antarabangsa

Vietnam akan siasat TikTok berhubung kandungan ‘toksik’

Vietnam akan menyiasat TikTok untuk ‘kandungan toksik’ yang dihoskan aplikasi perkongsian video popular itu yang diasaskan usahawan China.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Vietnam akan siasat TikTok berhubung kandungan 'toksik'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Vietnam akan menyiasat TikTok untuk ‘kandungan toksik’ yang dihoskan aplikasi perkongsian video popular itu yang diasaskan usahawan China.
  • TikTok telah memadamkan 1.7 juta video atas permintaan kerajaan Vietnam pada tahun lalu kerana ia dianggap melanggar dasar kerajaan. – Data penyelidikan DataReporter.
  • Tekanan ke atas platform media sosial itu juga meningkat di beberapa negara Barat kerana kebimbangan data penggunanya boleh diguna atau disalahgunakan pegawai China.
  • TikTok didenda di United Kingdom pada minggu ini dan diharamkan daripada digunakan peranti rasmi di Australia.

Vietnam akan menyiasat TikTok untuk ‘kandungan toksik’ yang dihoskan aplikasi perkongsian video popular itu yang diasaskan usahawan China.

Memetik laporan Aljazeera, negara itu mempunyai peraturan ketat terhadap kebebasan bersuara dan sering bertindak keras terhadap pengkritik kerajaan di aplikasi media sosial.

Menurut data firma penyelidikan DataReporter yang dipetik kerajaan, aplikasi TikTok mempunyai anggaran 50 juta pengguna di Vietnam.

Data itu turut menyebut yang TikTok telah memadamkan 1.7 juta video atas permintaan kerajaan Vietnam pada tahun lalu kerana ia dianggap melanggar dasar kerajaan.

Tekanan ke atas platform media sosial itu juga meningkat di beberapa negara Barat kerana kebimbangan data penggunanya boleh diguna atau disalahgunakan pegawai China.

TikTok didenda di United Kingdom pada minggu ini dan diharamkan daripada digunakan peranti rasmi di Australia.

Ketua Radio, TV dan Maklumat Elektronik Vietnam, Le Quang Tu Do berkata jabatan penerangan akan mengadakan pemeriksaan ‘antara kementerian’ ke atas syarikat itu pada Mei.

“TikTok tidak mempunyai langkah kawalan yang berkesan ke atas kandungan yang melanggar politik, terhadap parti dan negeri, berita palsu, kandungan toksik.

“Kekurangan kawalan telah ‘memudahkan penyebaran berita palsu, menyebabkan kerugian dalam ekonomi dan ketidakstabilan sosial’, ” kata Do kepada pemberita.

Tindakan untuk mengawal selia kandungan pada aplikasi popular milik Cina yang mempunyai video bersaiz besar itu juga adalah ‘jauh lebih sukar’ daripada pada platform lain, katanya.

“Kami memerlukan langkah lebih keras untuk memerangi kandungan itu, pemadaman kandungan sahaja tidak mencukupi,” kata Do sambil menambah kementerian meminta platform rentas sempadan itu mematuhi undang-undang Vietnam dengan ketat.

Sumber: Aljazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *