Connect with us

Terkini

Usah politikkan isu rang undang-undang produk rokok, GEG – Pakar

Kerajaan diminta agar tidak mempolitikkan isu Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Usah politikkan isu rang undang-undang produk rokok, GEG – Pakar
Foto: Barisan panel dalam Sidang Media RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Pelaksanaan GEG: Cabaran dan Implikasi Terhadap Pembangunan Malaysia Madani semalam.
  • Kerajaan diminta agar tidak mempolitikkan isu RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Pelaksanaan GEG.
  • “…Ini bukan tentang kerajaan semasa atau kerajaan terdahulu”. – Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Profesor Dr Mohamed Rusli Abdullah.
  • Mohamed Rusli berkata statistik perokok di Malaysia masih kekal sejak tahun 1989 dan tidak berubah.
  • “Meaning to say,  we have not improve a bit maybe we have getting worse with the new regulation has early declared by medical,” katanya.

BANGI – Kerajaan diminta agar tidak mempolitikkan isu Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG).

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Profesor Dr Mohamed Rusli Abdullah berharap ia tidak dipolitikkan kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk negara.

“Dan inilah yang dikatakan sains kepada kami, dan kami memetik berdasarkan sains dan tidak memetik mana-mana parti politik.

“Oleh itu, kami berharap mesej sebenar dapat diterima. Ini bukan tentang kerajaan semasa atau kerajaan terdahulu. 

“Isu ini sudah lama ada. This is about things has not change,” katanya pada sesi Sidang Media RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dan Pelaksanaan GEG: Cabaran dan Implikasi Terhadap Pembangunan Malaysia Madani semalam.

Mohamed Rusli berkata statistik perokok di Malaysia masih kekal sejak tahun 1989 dan tidak berubah.

“Meaning to say,  we have not improve a bit maybe we have getting worse with the new regulation has early declared by medical,” katanya.

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan terus menyokong GEG di Parlimen biar apa sekalipun kedudukan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Khairy turut berharap kerajaan di bawah tampuk pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa tidak tunduk kepada syarikat tembakau dan yang terbabit dalam penjualan produk rokok. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *