Connect with us

Terkini

Tiga kali gagal peperiksaan, lelaki cuba bakar diri

Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan menyiram minyak petrol dan membakar dirinya sendiri di stesyen minyak Petron di Jalan Ibrahim, di sini, kelmarin, dipercayai kerana gagal ujian undang-undang buat kali ketiga.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga kali gagal peperiksaan, lelaki cuba bakar diri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan menyiram minyak petrol dan membakar dirinya sendiri di stesyen minyak Petron di Jalan Ibrahim, kelmarin, dipercayai kerana gagal ujian undang-undang buat kali ketiga.
  • Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata, mangsa, dalam lingkungan umur 24 tahun menggunakan pemetik api selepas menyiram petrol ke atas dirinya 17 April lalu.
  • Pemilik premis stesen minyak berjaya memadamkan api dan menyelamatkan mangsa.
  • “Namun, mangsa kemudiannya berlari ke arah KM185 Jalan Seremban-Johor Bahru dan cuba membunuh diri sekali lagi dengan cara duduk di tengah jalan itu.
  • “Pemandu lori yang melalui jalan itu berjaya menghentikan kenderaannya apabila nampak kelibat lelaki terbabit di tengah jalan. Tetapi, sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah belakang lori berkenaan gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang lori,” katanya.

SEGAMAT: Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan menyiram minyak petrol dan membakar dirinya sendiri di stesyen minyak Petron di Jalan Ibrahim, di sini, kelmarin, dipercayai kerana gagal ujian undang-undang buat kali ketiga.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata, mangsa, dalam lingkungan umur 24 tahun menggunakan pemetik api selepas menyiram petrol ke atas dirinya, pada jam 8 malam, 17 April lalu.

Beliau berkata, pemilik premis stesen minyak berjaya memadamkan api dan menyelamatkan mangsa.

“Namun, mangsa kemudiannya berlari ke arah KM185 Jalan Seremban-Johor Bahru dan cuba membunuh diri sekali lagi dengan cara duduk di tengah jalan itu.

“Pemandu lori yang melalui jalan itu berjaya menghentikan kenderaannya apabila nampak kelibat lelaki terbabit di tengah jalan. Tetapi, sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah belakang lori berkenaan gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang lori,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zamry berkata, berdasarkan keterangan awal mangsa, dia cuba membunuh diri kerana malu dengan keluarga berikutan tiga kali gagal peperiksaan ijazah undang-undang.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kesahihan maklumat dan mangsa, yang melecur hampir seluruh badan dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk rawatan.

Katanya, pegawai perubatan mengesahkan sebanyak 70 peratus tubuh badan mangsa terbakar dalam kejadian itu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *