Connect with us

Antarabangsa

Kes bunuh diri tentera Israel meningkat

Genosid yang dilakukan zionis terhadap Gaza memperlihatkan peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pada Jun sahaja, tiga kes bunuh diri dilaporkan dalam kalangan Pasukan Penjajahan Israel (IOF), lapor S2J News.
  • Saluran berita Ibrani Hadashot Bazman melaporkan seorang tentera simpanan IOF yang baru dikeluarkan daripada perkhidmatan, dilapor membunuh diri di Jalan Ares sekitar penempatan haram Or Yehuda.
  • Seorang lagi tentera IOF, Eliran Mizrahi, membunuh diri minggu lalu untuk mengelak daripada dikerahkan untuk berkhidmat semula.
  • Sejak 7 Oktober lalu, Haaretz mendedahkan bahawa sepuluh orang pegawai dan tentera telah membunuh diri dengan beberapa kejadian berlaku di tengah pertempuran di penempatan sekitar Gaza. Media lain bagaimanapun melaporkan bahawa angka ini jauh lebih tinggi.

Genosid yang dilakukan zionis terhadap Gaza memperlihatkan peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan tentera Israel.

Memetik artikel S2J News, laporan dari sumber dalaman Israel memaklumkan situasi itu mengakibatkan berlakunya kekurangan tentera simpanan zionis.

Pada Jun sahaja, tiga kes bunuh diri dilaporkan dalam kalangan Pasukan Penjajahan Israel (IOF), lapor S2J News.

Menurut laman web berbahasa Ibrani Hadashot Bazman, seorang tentera simpanan IOF yang baru dikeluarkan daripada perkhidmatan, dilapor membunuh diri di Jalan Ares sekitar penempatan haram Or Yehuda.

Kejadian ini berlaku selepas seorang lagi tentera IOF, Eliran Mizrahi, membunuh diri minggu lalu untuk mengelak daripada dikerahkan untuk berkhidmat semula.

Menurut laman berita Ibrani Walla, Mizrahi berkhidmat sebagai pemandu jengkaut di Gaza selama 78 hari dan bergelut dengan gangguan stress pasca trauma (PTSD). 

Mizrahi dijadualkan “kembali bertugas” di selatan Gaza iaitu Rafah, tetapi membunuh diri sebelum kembali bertugas. Sebelum ini dia sering berkongsi gambar dan tindakan agresifnya terhadap rakyat Palestin sepanjang berkhidmat di Gaza.

Sejak 7 Oktober lalu, Haaretz mendedahkan bahawa sepuluh orang pegawai dan tentera telah membunuh diri dengan beberapa kejadian berlaku di tengah pertempuran di penempatan sekitar Gaza. Media lain bagaimanapun melaporkan bahawa angka ini jauh lebih tinggi.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan tentera Israel, kira-kira 3,763 anggotanya cedera sejak 7 Oktober, dengan 1,902 kecederaan.

Secara rasmi, 646 tentera dan pegawai dilaporkan mati sejak 7 Oktober, termasuk 294 kematian di Gaza. Namun, hospital dan media Israel menunjukkan bahawa angka korban sebenar mungkin lebih tinggi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending