Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) 20 tentera Israel bunuh diri, termasuk bakar diri sendiri, akibat trauma perang

Sebuah video menunjukkan bekas anggota tentera Israel (IDF) berdepan trauma peperangan kembali  tular di media sosial baru-baru ini.

A.R. Khan

Published

on

20 tentera Israel bunuh diri, termasuk bakar diri sendiri, akibat trauma perang
Foto: Gambar sekadar hiasan.

Sebuah video menunjukkan bekas anggota tentera Israel (IDF) berdepan trauma peperangan kembali  tular di media sosial baru-baru ini.

Ia  dikatakan sebuah video yang dirakam sebelum berlakunya insiden genosid berterusan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin bermula 7 Oktober lalu.

Video itu memaparkan perbincangan beberapa individu sama ada bekas askar Israel atau waris mereka dalam perjumpaan dengan Jawatankuasa Parlimen Israel.

Rata-rata menzahirkan kekecewaan dengan pelbagai reaksi kepada jawatankuasa itu dengan ada yang tenang menyampaikan permasalahan mereka serta ada yang sedih dan marah menceritakan apa yang dilalui.

Antara individu terlibat adalah Alon Saar, anak kepada askar bernama Ronen Saar yang berada dalam keadaan kritikal selama sebulan disebabkan cubaan membunuh diri sehingga mencecah sepuluh kali.

Alon mempersoalkan tindakan mereka yang bertanggungjawab terhadap anggota tentera rejim zionis Israel yang terkesan dengan peperangan.

“Mengapa mereka tidak dirawat?, mengapa tidak disediakan penyelesaian untuk keluarga mereka?,” kata Alon.

Seorang lelaki lain turut dilihat menangis meminta diselesaikan segera permasalahan dialami kerana pernah menyaksikan insiden tentera Israel terbakar di medan perang.

Video itu juga menunjukkan individu lain mendakwa 20 tentera rejim Israel yang trauma akibat perang telah membunuh diri kerana tidak menemui jalan penyelesaian, yang mana menurut lelaki itu, “disebabkan kecuaian besar Kementerian Tentera Darat”.

Gambar wajah Bar Kelf, seorang askar IDF yang mati kerana kecederaan membakar dirinya 1 Ogos lalu serta Arou Danino yang membunuh diri kerana trauma perang, turut ditunjukkan dalam video tular itu. – The Merdeka Times

Sumber: Instagram AmanPalestin 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending