Connect with us

Terkini

Penagih dadah besar kepala apabila diiktiraf sebagai pesakit bukan penjenayah

Jika berterusan penagih dadah digelar pesakit bukan pesalah atau penjenayah, golongan itu akan semakin ‘besar kepala’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Penagih dadah besar kepala apabila diiktiraf sebagai pesakit bukan penjenayah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Itu belum lagi apabila sesetengah Orang Kena Pengawasan (OKP) ini diberikan ‘diskaun’ tempoh tahanan di pusat serenti sedangkan tempoh asal adalah dua tahun namun dipendekkan menjadi setahun dua bulan.
  • Situasi ini dilihat antara sebab mengapa golongan penagih ini sukar dipulihkan dan program di pusat serenti disifatkan mulai kurang berkesan berbanding dahulu.
  • Golongan ini dikhuatiri lebih bergantung kepada masyarakat berbanding diri sendiri untuk keluar dari kancah ini apabila kebanyakan media atau akhbar meminta nasib golongan ini dibela dan tidak dipinggirkan, walhal kerajaan kerugian angkara mereka.
  • Golongan ini tidak boleh diberi ‘muka’ dikhuatiri mempunyai pegangan apa-apa berlaku kerajaan akan bantu mereka sedangkan mereka sendiri tidak kerajaan.
  • Akta sedia ada berkaitan dadah perlu dipertahankan dan dilaksanakan dengan lebih teratur serta berkesan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Kerja, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Melaka, Kasin Dollah di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Jika berterusan penagih dadah digelar pesakit bukan pesalah atau penjenayah, golongan itu akan semakin ‘besar kepala’.

Demikian tegas Setiausaha Kerja, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Melaka, Kasin Dollah.

Katanya, itu belum lagi apabila sesetengah Orang Kena Pengawasan (OKP) ini diberikan ‘diskaun’ tempoh tahanan di pusat serenti sedangkan tempoh asal adalah dua tahun namun dipendekkan menjadi setahun dua bulan.

Situasi ini dilihat beliau, antara sebab mengapa golongan penagih ini sukar dipulihkan dan program di pusat serenti disifatkan mulai kurang berkesan berbanding dahulu.

Golongan penagih dadah ini juga dikhuatiri akan lebih bergantung kepada masyarakat berbanding diri sendiri untuk keluar dari kancah ini apabila kebanyakan media atau akhbar melaporkan golongan ini wajar dibela dan tidak dipinggirkan, walhal kerajaan kerugian angkara mereka, katanya.

Justeru, beliau mengharapkan golongan ini tidak diberi ‘muka’ kerana dikhuatiri mereka berterusan beranggapan bahawa kerajaan akan sentiasa membantu.

“Macam mana nak baik?(dari ketagihan dadah) Penagih benda sama dan bahan digunakan lebih kritikal dari bahan dulu. Dulu boleh dua tahun sekarang setahun dua bulan dah keluar. 

“Mahkamah perintah dua tahun ada pula diskaun-diskaun lepas itu diubah pula lagi akta penagih dadah ini dari pesalah nak pergi kepada pesakit. 

“Lagilah penagih-penagih dadah ini rasa besar kepala, aku bukan penagih dadah aku bukan pesalah aku pesakit, satu dunia tahu Malaysia mengiktiraf penagih dadah sebagai pesakit bukan penagih dan jenayah,” katanya di sini hari ini.

Kasin yang berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang ini, berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) yang menganggarkan hampir satu juta penagih dadah terdapat di negara ini.

Tidak menafikan isu vape dikatakan mengandungi dadah antara penyumbang kepada peningkatan angka itu, beliau bagaimanapun menegaskan kealpaan ibu bapa dalam membanteras anak-anak yang mulai berjinak dengan dadah juga antara faktor penagih dadah meningkat.

Mengulas berkenaan sama ada mempunyai keperluan menggubal akta berkaitan dadah, Kasin berpandangan akta sedia ada perlu dipertahankan dan dilaksanakan dengan lebih teratur serta berkesan.

Ini berikutan, jika akta sering dipinda namun tidak dikuatkuasa dengan berkesan maka ia akan dilihat tidak ubah umpama satu auta sekadar menyedapkan mata telinga masyarakat sedangkan hasil dari pelaksanaan tiada.

“Saya percaya apa-apa pun kita buat bilangan penagih dadah di Malaysia ini akan bertambah dari semasa ke semasa…Mustahil berkurangan kalau setakat hari ini kita lihat kerja semua pihak tidak seimbang tidak digembleng bersama selagi itu masalah dadah ini tetap akan berlaku.

“Kita nak gembleng tenaga ini seperti kita gembleng tenaga memerangi apa dibuat Jepun di Malaysia dahulu begitu juga kita gembeling tenaga buat program hapuskan dadah di negara kita,” tegasnya— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *