Connect with us

Terkini

Bekalan dadah mesra pelanggan faktor peningkatan penagih di Pahang

Bekalan dadah yang mesra pelanggan atau ‘di hujung jari’ dilihat antara faktor menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih di Pahang pada tahun ini, kata Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Zirwatul Ahlam Zamzam.

Wartawan TMT

Published

on

Bekalan dadah mesra pelanggan faktor peningkatan penagih di Pahang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bekalan dadah mesra pelanggan atau ‘di hujung jari’ dilihat antara faktor menyumbang peningkatan jumlah penagih di Pahang pada tahun ini, kata Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Zirwatul Ahlam Zamzam.
  • Beliau berkata, sehingga Mei lalu sahaja, sebanyak 2,515 penagih direkodkan, melebihi jumlah penagih dicatatkan pada tahun lepas iaitu seramai 2,308 individu..
  • “Kalau dahulu mungkin ada satu port untuk dapatkan dadah, sekarang ia mobile port kerana boleh didapati di mana sahaja selain lebih mudah apabila mereka hanya membuat pesanan melalui aplikasi dalam telefon bimbit dan bekalan boleh diperoleh misalnya menerusi penghantaran secara tunai,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
  • Berdasarkan risikan dijalankan, penagih cenderung menggunakan rumah sendiri, tandas awam atau kenderaan sebagai tempat melepaskan gian.
  • Keadaan kehidupan kini yang semakin menekan menyebabkan sesetengah individu menggunakan dadah sebagai sumber untuk lepaskan tekanan.

Kuantan – Bekalan dadah yang mesra pelanggan atau ‘di hujung jari’ dilihat antara faktor menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih di Pahang pada tahun ini, kata Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Zirwatul Ahlam Zamzam.

Beliau berkata, sehingga Mei lepas sahaja, sebanyak 2,515 penagih direkodkan, melebihi jumlah penagih yang dicatatkan pada tahun lepas iaitu seramai 2,308 individu.

“Masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini masih terkawal, namun terdapat peningkatan sedikit pada tahun ini yang kita lihat bekalan dadah yang dikatakan sebagai mesra pengguna menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih.

“Kalau dahulu mungkin ada satu port untuk dapatkan dadah, sekarang ia mobile port kerana boleh didapati di mana sahaja selain lebih mudah apabila mereka hanya membuat pesanan melalui aplikasi dalam telefon bimbit dan bekalan boleh diperoleh misalnya menerusi penghantaran secara tunai,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum Covid-19 sekitar 2019, antara lokasi yang menjadi ‘kegemaran’ penagih ialah bangunan lama yang ditinggalkan selain ladang sawit atau getah.

Kini, keadaan berubah apabila lokasi berkenaan tidak lagi menjadi pilihan utama dan berdasarkan risikan dijalankan, penagih cenderung menggunakan rumah sendiri, tandas awam atau kenderaan sebagai tempat melepaskan gian, katanya.

Menurutnya, keadaan kehidupan kini yang semakin menekan menyebabkan sesetengah individu menggunakan dadah sebagai sumber untuk lepaskan tekanan.

Advertisement

“Kalau lima tahun lepas mungkin dadah tradisional seperti heroin dan morfin menjadi pilihan penagih, namun kini penggunaan dadah jenis sintetik antaranya seperti syabu sudah mendominasi,” katanya.

Sementara itu, Zirwatul Ahlam memaklumkan golongan belia antaranya terdiri daripada buruh am dan penganggur mencatatkan pembabitan tertinggi dengan bahan larangan itu di Pahang.

Menyentuh mengenai penglibatan golongan wanita dengan dadah, beliau berkata, ia masih rendah iaitu hanya 3.6 peratus daripada 2,386 penagih setakat April, dan punca penagihan itu adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan pasangan selain tekanan akibat masalah keluarga.

“Bagi pelajar pula, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dan tindakan undang-undang dikenakan, namun kami berusaha sehabis baik untuk kempen pencegahan bagi bendung mereka daripada terbabit dengan dadah,” katanya.

“Kami juga bekerjasama erat dengan rakan strategik iaitu Kementerian Pendidikan untuk menjalankan usaha pencegahan. Selain itu, saya harap kaunselor dan guru di sekolah peka dengan perubahan anak murid… jangan sampai mereka terlibat dengan dadah untuk redakan tekanan dan masalah,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 12 kawasan berisiko tinggi penagihan dadah sudah dan sedang melalui penghijauan bermula 2021 dengan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan antaranya program konsultasi bersama komuniti, program jejak prihatin selain program pengesanan orang yang disyaki (OYDS).

Setakat ini, lima lokasi iaitu Mukim Gali dan Mukim Dong di Raub, Mukim Perak (Temerloh), Mukim Pekan (Pekan) dan Mukim Chenor/Kuala Sentul (Maran) telah dihijaukan.

Advertisement

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending