Connect with us

Antarabangsa

Trump Presiden AS pertama bergelar penjenayah

Donald Trump disabitkan bersalah dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dalam perbicaraan jenayah pertama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
  • Donald Trump disabitkan bersalah dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dalam perbicaraan jenayah pertama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
  • Trump akan dijatuhkan hukuman pada 11 Julai dan berpotensi berdepan hukuman penjara, lapor BBC News.
  • Mahkamah mendengar 22 saksi selama enam minggu, termasuk Stormy Daniels, yang mempunyai dakwaan pertemuan seksual dengan Trump menjadi tumpuan kes ini.
  • Trump dituduh menyembunyikan bayaran dibuat bekas peguamnya untuk mendiamkan bekas bintang filem dewasa itu sejurus sebelum pilihan raya 2016.

Donald Trump disabitkan bersalah dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dalam perbicaraan jenayah pertama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Trump akan dijatuhkan hukuman pada 11 Julai dan berpotensi berdepan hukuman penjara, lapor BBC News.

Mahkamah mendengar 22 saksi selama enam minggu, termasuk Stormy Daniels yang mempunyai dakwaan pertemuan seksual dengan Trump menjadi tumpuan kes ini.

Trump dituduh menyembunyikan bayaran dibuat bekas peguamnya untuk mendiamkan bekas bintang filem dewasa itu sejurus sebelum pilihan raya 2016.

Dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan menafikan sebarang pertemuan seksual dengan Daniels.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah seorang bekas presiden AS berdepan perbicaraan jenayah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending