Connect with us

Terkini

12,800 doktor kontrak peroleh jawatan tetap dalam tempoh 3 tahun

Seramai 12,800 doktor kontrak dijangka akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

12,800 doktor kontrak peroleh jawatan tetap dalam tempoh 3 tahun
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Seramai 12,800 doktor kontrak dijangka akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • “Bagi 2023, ia bermakna sejumlah RM1.7 bilion diperuntukkan untuk mengambil lebih ramai doktor kontrak dan untuk menyerap yang sedia ada ke jawatan tetap,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seramai 12,800 doktor kontrak dijangka akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan melalui Bajet 2023 memperuntukkan sejumlah RM19.7 bilion dalam emolumen, yang menyaksikan peningkatan RM3 bilion daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Daripada peruntukan tambahan RM3 bilion ini, RM1.2 bilion diperuntukkan untuk kenaikan gaji, RM600 juta untuk pelantikan kontrak dan RM1.1 bilion untuk penyerapan ke jawatan tetap.

“Bagi 2023, ia bermakna sejumlah RM1.7 bilion diperuntukkan untuk mengambil lebih ramai doktor kontrak dan untuk menyerap yang sedia ada ke jawatan tetap,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau Ahli Parlimen Tuaran di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dengan peruntukan itu, Anwar berkata, seramai 12,800 doktor kontrak akan memegang jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun.

“Tahun ini kami telah menyerap 4,300 doktor kontrak ke jawatan tetap.

“Saya harap semua orang dapat memahami bahawa kami tidak berniat untuk memandang rendah permintaan doktor kerana mereka telah berkhidmat dengan baik buat kami,” tambahnya.

Anwar juga mengumumkan elaun atas panggilan akan dipanjangkan kepada pegawai perubatan yang bertugas di enam klinik kesihatan awam yang terlibat dalam projek pengurangan kesesakan itu.

Pelanjutan waktu operasi di klinik adalah antara inisiatif Kementerian Kesihatan untuk menangani kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital. – The Star

Sumber: The Star dan Majoriti

Author